NUFFNANG

Sunday 29 December 2013

DAULAT TUANKU! DAULAT SULTAN SELANGOR!! PADERI ENGKAR TITAH SULTAN ?!!!

PADERI ENGKAR TITAH SULTAN ?!!!

MiM merujuk kepada laporan portal pro-pembangkang Malaysian Insider bertajukKami akan terus guna kalimah Allah di gereja Selangor, kata paderi


Laporan Malaysian Insider ialah tentang: 
1. Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu.
2. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada Gereja Katolik berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.  
3. Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. 
4. “Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya  
5. Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain seterusnya
Bagaimana pun, laporan portal Malaysian Insider itu gagal (atau disengajakan?) dan tidak melaporkan satu perkara yang sangat penting iaitu titah SultanSelangor, Sultan Sharafudin Idris Shah!

Baginda bertitah supaya penggunaan kalimah Allah di dalam 'Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.
Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. 
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah. 
"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas," titah baginda. 
Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. 
Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988. 
Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam. 
Kenapa Malaysian Insider berpusing-pusing mengaitkan isu kalimah Allah ini dengan hampir semua pihak tetapi portal tidak melaporkan titah Sultan Selangor?

Kenapa? Terlupa atau disengajakan supaya pembaca akan menyalahkan dan membenci BN dan Najib Razak?

Tidak mungkin portal itu terlupa kerana titah Sultan Selangor turut dilaporkan oleh portal tersebut! 



Di antara laporan Malaysian Insider :
Tegas baginda, rakyat negeri Selangor perlu patuh terhadap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah membincangkan isu berkaitan tuntutan penganut agama Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah. 
“Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa kalimah Allah adalahkalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islamdan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain. 
“Kedudukan agama Islam di Malaysia telah didaulatkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan dan mempunyai kedudukan istimewa,” titah baginda lagi. - 14 November, 2013.
Sultan Selangor sudah bertitah kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja dan perlu dipatuhi oleh rakyat Selangor dan sudah tentu termasuk gereja-gereja di Selangor.

Kenapa Malaysian Insider tidak melaporkan perkara penting ini? 

Seperti yang MiM katakan sebelum ini, kita mesti berhati-hati bila membaca laporan portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini dan Malaysian Insider.

MiM juga menyarankan kepada setiap pemimpin BN dan kerajaan BN supaya turut berhati-hati bila berdepan dengan portal-portal ini.

source : Dr MiM

No comments: