Bumi dipijak lagi diberi pada Lee Kuan Yew?
Semalam Unspinners membaca ABITW di SINI dan begitu terkejut dengan pendedahan monopoli seorang cina luar di Johor Baru dan kegilaan pengurusan GLC serta puak neoliberal untuk jual Johor kepada Cina-Cina SIngapura, CHina dan Taiwan.
Nak sangat jadi maju dengan cepat hingga rakyat Johor tak mampu beli rumah dan hartanah kerana dibolot dan kuasai oleh orang asing. Akhirnya Johor Baru termasuk kawasan belah Nusajaya dan Pengerang yang sebelum ini DAP tak pernah dapat terokai akan jatuh dengan mudah kepada DAP dan PAP. .
Sudahlah kita nyanyikan lagu warisan dengan liriknya yang begitu menyayat hati. Macam tak sedar puak-puak GLC untuk biarkan Bumi yang dipijak milik orang tapi masih lagi nak beri kepada Cina-CIna SIngapura dan lain-lain negara. Kali ini bukan saja berlaku di Johor Baru tapi hingga ke tempat lain.
Apa perlu syarikat Quill Singapura dilibatkan dalam pembangunan MRCB? Takkan takde kepakaran langsung dalam Malaysia? Kalau takde kenapa tak mahu nak bina kepakaran dan beri pengalaman kepada rakyat tempatan membina kepakaran dan pengalaman?
Sikap pemalas syarikat GLC Malaysia begitu ketara hingga banyak syarikat seperti Sime Darby, UEM, SP Setia dan lain-lain syarikat dalam Khazanah dan PNB yang dah punya kepakaran dan pengalaman dalam hartanah tapi suka buat JV dengan kompeni Cina, tempatan dan asing, beri mereka kuasa pengurusan.
Padanlah anak Melayu tak boleh dapat pekerajaan dan asyik didiskriminasi. Malah banyak syarikat CIna terang-terang tak mahu sokong apa saja dengan program modal insan 1Malaysia hanya kerana ianya melibatkan orang Melayu.
Syarikat Quill dari SIngapura kepunyaan Temasek nampaknya keliahtan di merata tempat dalam Kuala Lumpur hingga tidak menolak kemungkinan mereka akan kuasai hartanah Kuala Lumpur.
Di Sentral pun dah quill ke 7.
Pengurusan GLC kebanyakannya terlalu malas serta nak sangat business tapi nak kerja senang hingga tak fikir langsung nak jaga kepentingan bangsa dan negara.
Dalam hal ini, difahamkan projek high speed train ke Singapura pun dah jadi anih sekali.
Projek yang diberikan kepada YTL telah melibatkan pihak Singapura untuk sama-sama dalam perancangan. Sepatutnya Singapura jaga sajalah pihak Singapura dan hal dalam Malaysia, janganlah diberi peluang masuk campur dan buat menyibuk.
Ini tak berlaku kerana Singapura terlibat dalam perancangan hingga boleh tentukan route untuk high speed train.
Dengan kebolehan merancang mereka yang jauh lebih advance dan terdahulu, Singapura telah kaji dan tetapkan alur perjalanan yang sesuai. Dipercayai mereka telah beli tanah-tanah di merata tempat strategik kereta api akan lalu.
Ada juga pihak yang berpandangan bahawa projek ini tidak seperti membawa manafaat ekonomi pada Malaysia. Baca di SINI
Pihak YTL tak langsung memikirkan kepentingan negara dalam hal ini dan hanya dengar atau mungkin sekali bersekongkol dengan SIngapura. Mereka pun dah beli tanah-tanah tersebut kot....
Siapa yang dok kuat sangat sokong YTL ni &^*($@!)*??
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment