NUFFNANG

Saturday, 21 December 2013

Biar Betol? Anwar Paling Banyak Luluskan Konsesi Bertol

Anwar Paling Banyak Luluskan Konsesi Bertol

Mynewshub – Untuk membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada Menteri Kewangan.
Menurut Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.
Laman web Mymassa.blogspot.com hari ini menulis artikel berkenaan perkara itu.
Menurutnya, ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 beliaulah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.
Lebuhraya yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya (1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).
Baki lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).
source : aidc

No comments: