NUFFNANG

Monday, 2 September 2013

Wartawan MalaysiaKini dapat Pingat Kedaulatan Negara sebab putar belit isu Lahad Datu. Bagaimana dengan Abang BOTAK yang pertahankan JALUR GEMILANG kelmarin?!! @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Wartawan MalaysiaKini dapat Pingat Kedaulatan Negara sebab putar belit isu Lahad Datu. Bagaimana dengan Abang BOTAK yang pertahankan JALUR GEMILANG kelmarin?!! @Zahid_Hamidi @PDRMsia


MyMassa memang TABIK habis kepada abang BOTAK dalam video di atas yang semangat patriotismenya membuak-buak apabila dengan beraninya merampas kesemua bendera komunis pro Pakatan Rakyat dan merencatkan niat semua mangkuk hayun pengkhianat Negara tersebut untuk mengganggu sambutan ambang Merdeka. Tahniah kepada hamba Allah di atas yang tidak perlu menunggu untuk memberi amaran atau takut kepada sebarang provokasi balas, walaupun beliau hanya seorang diri. Tindakan beliau ini Allah SWT telah balas dengan VIRALnya video di atas di seluruh medium laman sosial, sekaligus mengangkat darjat dirinya sebagai salah seorang HERO pejuang Negara yang tidak didendang.

Kejadian di atas mengingatkan kami akan satu video pendek patriotik Kemerdekaan hasil karyawan agung perfileman Negara ketika ini, Afdlin Shauki, yang berbunyi lebih kurang berikut, "...selagi tertegaknya Malaysia bumi bertuah ini, selagi itulah akan ada seorang insan yang bangkit mempertahankannya..." Sayang sekali video pendek tersebut hanya ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sahaja. Malah, di Youtube juga tiada.

Kejadian malam kelmarin juga mengingatkan kami tentang satu peristiwa ketika Konfrontasi Indonesia ke atas negara kita semakin memuncak, apabila dua orang anak muda yang menyertai perhimpunan membantah tindakan Indonesia itu, telah memanjat dinding kedutaan, mencabut bendera Indonesia dan mengibarkan Jalur Gemilang dari atas bumbung bangunan kedutaan tersebut. Siapa kenal atau ingat siapa dua pemuda berani tersebut?


Dua orang pemuda yang kami maksudkan pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet. Mereka adalah Khalid Yunos dan Samy Vellu. Ingat lagi? Ya, mungkin ramai yang terkejut kerana konotasi nama Samy Vellu ini banyak yang negatif dan sering dijadikan bahan jenaka. Namun, itulah sejarahnya. Setidak-tidaknya, Samy Vellu pernah menawan Kedutaan Indonesia kerana sayangkan Negara. Mat Sabu, Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng pernahkah tawan Kedutaan US ketika membantah kekejaman Israel?!!

Berbalik kepada isu bendera komunis ini, kami ingin bertanya apa tindakan yang pihak Polis sudah ambil setelah 3 hari berlalu? Jangan sia-siakan darah syahid rakan-rakan anda di Lahad Datu dengan membiarkan para pengkhianat agen pakatan pembangkang ini terus menerus menghina Negara. Mereka betul-betul melampau kali ini, sudahlah kematian rakan-rakan anda dikatakan sebagai satu sandiwara, malah kini mereka cukup berani menginjak hina Jalur Gemilang yang rakan anda pertahankan dengan nyawa, pada malam kemerdekaan Negara? Tidak cukupkah gelaran anjing yang dilemparkan kepada anda semua selama ini? Yang pasti, ini bukan kejadian pertama kali. 




Tolonglah jangan beri alasan tiada siapa yang melaporkan pengkhianatan ini kepada anda! Bukti video dan gambar semuanya lengkap. Bukankah pihak Polis serta pihak berkuasa yang lain boleh melakukan siasatan tanpa perlu menunggu report awam?!! Ayuh, Sang Saka Biru, ajar pengkhianat negara ini semua erti jerit perih kemerdekaan negara!

source : mymassa

No comments: