NUFFNANG

Monday 23 September 2013

NILAI ADUN UMNO P.PINANG KALAU TERIMA DUIT GUAN ENG HANYA RM 109 SEHARI !! @dzainalabidin

NILAI ADUN UMNO P.PINANG KALAU TERIMA DUIT GUAN ENG HANYA RM 109 SEHARI !! @dzainalabidin

 by Generasi Pejuang Bangsa
 



Semalam kecoh satu Penang  bila Ketua Menteri DAP  RM 100  umum  nak bagi RM 40 ribu setahun kepada 10   Adun UMNO . Tapi GPB yakin bukan Adun UMNO yang terhegeh-hegeh kebuloq  nak pi minta  duit DAP tapi sebenarnya agenda  Guan Eng sendiri yang  pasti ada agenda tersirat .

Bagi GPB duit sebanyak itu tak cukup pun  kerana kalau dikira sehari jumlahnya nilainya hanya RM109 !!

RM 109 je harga untuk   Adun UMNO di mata DAP . 

Jadi ,  GPB nasihatkan kepada semua 10 orang  Adun UMNO  , jangan ambil satu sen pun daripada duit  DAP !! 

Kalau Cina di Penang boleh tolak BN di PRU13 dengan angkuh , anda   tak perlu rasa segan dan malu pun untuk tolak duit lahabau DAP ini !!

Kita masih lagi Najib &   kerajaan Persekutuan dan lihatlah bagaimana beliau boleh membantu orang Melayu dengan memperkasa ekonomi Bumiputra tanpa rasa takut dan gentar  dihentam Cina .

 Ingatlah  lah wahai Adun UMNO .. anda menang sebagai ADUN  walaupun undi tipis adalah hasil sokongan kuat orang Melayu .  Mereka memilih anda sebab anda mewakili UMNO bukan  pilih  barua DAP iaitu PAS & PKR. 

 Jadi , kalau anda terima juga duit pemberian DAP ..... maka ia merupakan satu pengkhianatan kepada undi mereka kepada UMNO & BN di PRU13 .


Harap YB Jahara tolak tawaran duit Guan Eng 


Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai tahun depan menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar). Menurut Lim, keputusan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu pada Rabu dan telah diluluskan secara prinsip. 

 "Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang dengan tambahan undi popular sebanyak 10% dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, Adun PR terdiri daripada 30 orang ahli dan Adun Umno seramai 10 orang.

 "Kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka melakukan kerja sambil menerima peruntukan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telah ditolak dengan begitu angkuh oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

source : suara generasi baru

No comments: