NUFFNANG

Saturday 28 September 2013

ANWAR AND KARPAL Bankleaks : Rakyat Cukup Jelak Taktik Saman Pembangkang Tutup Mulut

Bankleaks : Rakyat Cukup Jelak Taktik Saman Pembangkang Tutup Mulut

AIDCNews – 27/09/13 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Fuad Zarkashi berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh menghantar notis tuntutan maaf oleh terhadap bekas calon BN, Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail hanya taktik pembangkang bagi mengelak dari terus dikritik berkaitan dengan isu sepucuk surat misteri Bankleaks.
Menurutnya, tindakan Dr Mazlan yang tidak akan memohon maaf adalah tepat kerana beliau hanya meminta penjelasan dan bukan membuat menuduh berkaitan surat misteri terbabit.
“Sebenarnya rakyat cukup jelak dengan taktik saman tutup mulut yang sering diguna oleh Karpal dan juga Anwar.
“Sebab itu saya setuju dengan Dr Mazlan iaitu kalau berani Anwar dan Karpal mestilah menghantar notis saman kepada 6,000 orang pengundi Permatang Pauh yang menerima surat misteri itu,”katanya kepada Buletin Utama TV3 semalam.
Tambah beliau, kedua-dua pemimpin pembangkang itu hanya perlu membuat penjelasan berhubung kandungan surat bertajuk ‘Bankleaks Anwar/Karpal’ itu dan bukan menggunakan taktik menuntut permohonan maaf seperti yang dilakukan .
Beliau juga mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada 6,000 penerima surat khususnya pengundi di Parlimen Permatang Pauh.
Dalam mengulas isu yang sama, Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa kedua-dua pemimpin pembangkang itu supaya berani berhadapan siasatan pihak berkuasa jika benar tidak bersalah.
“Sebab dia (Dr Mazlan) terima 6,000 surat daripada orang kampung yang dihantar kepada dia. Bila dia minta penjelasan, jadi dua orang ni (kena) bagilah penjelasan.
“Bagi saya, mereka berdua ni dah buat laporan polis. Kalau dah buat laporan polis, kerana apa pula hari ni hantar notis suruh Dr Mazlan minta maaflah, nak saman dia lah.
“Bagi saya, ini satu perkara yang tak adil lah pada Dr Mazlan. Dan bagi saya, cukuplah sandiwara politik yang dimainkan oleh mereka berdua ni,” katanya.
Beliau juga meminta polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu terbabit.
Katanya, ia penting bagi memberi penjelasan kepada rakyat yang tertanya-tanya mengenai kesahihan surat berkenaan. Justeru itu, beliau meminta Anwar dan Karpal menarik balik notis tuntutan maaf kepada Dr Mazlan dan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.
Beliau menganggap, notis tuntutan maaf itu sebagai usaha untuk menyekat Dr Mazlan meminta penjelasan bagi pihak penduduk Permatang Pauh yang menerima surat misteri berkenaan.
source : aidc

No comments: