ADAKAH LKS BERFAHAMAN KOMUNIS, BENARKAH RAMAI KOMUNIS DALAM MCA?
LKY KATA DIA NASIONALIS, CHIN PENG KOMUNIS, LKS APA PULA? |
Semasa hayatnya, Chin Peng memperjuangkan sebuah negara Malaya Komunis. Negara Komunis Malaya dengan cara menghalau penjajah British dan menghalau penjajah Jepun. Mari kita bayangkan sejenak, jika pada tahun 1940an, Chin Peng berjaya menghalau penjajah British atau penjajah Jepun dengan bantuan Parti Komunis China ketika itu, adakah negara kita ini mengamalkan sistem Komunisme atau Demokrasi?
Semasa Rundingan Baling 1955, Chin Peng bersetuju menyerah kalah dan bersetuju meletak senjata tetapi dengan syarat Parti Komunis Malaya (PKM) dibenarkan bergerak aktif di dalam negara! Pada ketika itu, Chin Peng lebih rela masuk semula ke dalam hutan kerana ketika itu PKM masih kuat dan masih banyak senjata yang diperolehi selepas menipu British untuk menghalau penjajah Jepun. Hanya pada tahun 1989, barulah Chin Peng mahu berdamai semula dengan Kerajaan Malaysia setelah politik dunia sudah berubah.
Pada tahun 1989 hingga kematiannya baru-baru ini, Parti Komunis China tidak lagi memberikan apa-apa bantuan kepada PKM, sebaliknya PKM hanya bergantung dengan senjata-senjata lama mereka.
Semasa Chin Peng berada di Beijing pada tahun 1980an, beliau menikmati layanan yang mulia di sana termasuk diberikan rawatan perubatan yang baik, tempat tinggal yang baik, malahan diberi slot khas kepada PKM dalam siaran radio di China.
LKY BENCI KOMUNIS, BAGAIMANA LKS? |
LEE KUAN YEW BENCI KOMUNIS
Dalam memoirnya, Lee Kuan Yew dengan jelas menolak Komunisme dan benci kepada Komunis. Kata Lee Kuan Yew, "saya bukan Komunis, saya seorang Nasionalis!".
Malahan, apabila Tunku Abdul Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua pada tahun 1964, Lee Kuan Yew susah hati dan segera terbang ke Kuala Lumpur dan menentang hasrat Tunku itu. Lee Kuan Yew sanggup menunggu Tunku yang ketika itu sedang bermain golf di Cameron Highland.
Lee Kuan Yew memberitahu Tunku bahawa, parti PAP lebih kuat dan lebih baik dari MCA. Sepatutnya TPM Kedua itu hendaklah dari PAP. Lee Kuan Yew turut menuduh, kebanyakan ahli-ahli MCA adalah Komunis yang menguasai ladang-ladang getah dan lombong-lombong.
Saya tidak pasti sama ada tekanan-tekanan dari Lee Kuan Yew yang menghalang Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua ketika itu.
Tetapi, Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kanan iaitu Menteri Kewangan, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu mendesak supaya Menteri Kewangn diberikan kepada UMNO.
Salah satu sebab mengapa Kerajaan Ratu Elizeberth di London tidak mahu memberikan Kemerdekaan kepada Singapura pada tahun 1950an juga kerana faktor Komunis. Pada masa itu, Parti Buroh, Sekolah dan NGO-NGO Cina di Singapura berat kepada Komunisme.
Akhirnya, walaupun lebih 10 kali rombongan PAP merayu kepada Kerajaan Ratu England, akhirnya mereka gagal mendapat kemerdekaan secara langsung untuk Singapura.
BENARKAH DALAM MCA ADA AHLINYA BERFAHAMAN KOMUNIS? |
TANYA LIM KIT SIANG
Bolehkah anda bertanya kepada Lim Kit Siang adakah DAP berfahaman Komunis? Saya hanya pasti Lee Kuan Yew dan PAP tidaak berfahaman Komunis kerana Lee Kuan Yew jelas menolak fahaman Komunisme.
Kenapa perlu tanya Lim Kit Siang pasal Komunisme? Sudah tentu isu hari ini ialah Chin Peng yang telah mati itu adalah seorang Cina Komunis!
Isu Chin Peng adalah isu khusus masyarakat Cina. Isu Cina adalah isu yang berkait kepercayaan dan kebudayaan mereka. Lim Kit Siang adalah seorang Cina, sekarang mari kita bertanya Jika Lim Kit Siang akan hal ini.
Kalau Chin Peng jelas seorang Komunis, Lee Kuan Yew bukan Komunis, bagaimana pula Lim Kit Siang?
Jika Lim Kit Siang boleh menjawab dengan betul, isu kematian Chin Peng akan selesai. Jika Lim Kit Siang menjawab dengan cara yang salah, isu kematian Chin Peng akan berterusan sehingga PRU14.
Inilah yang dikatakan 'The Chinese Dilemma' (artikel 2009).
Kredit Kepada http://merdeka-online.com/home/tanya-lks-adakah-dia-berfahaman-komunis/
source : mymassa
No comments:
Post a Comment