Bekas tentera tentang keras usaha pihak tertentu bawa pulang abu mayat Chin Peng - Bernama
negeriTerengganu (PBTMT) akan menentang keras sebarang bentuk usaha oleh pihak tertentu untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.
Persatuan Bekas Tentera Malaysia
Yang Dipertua PBTMT Abdullah Che Muda berkata bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan rakyat negara ini, sebaliknya penderhaka yang menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.
Abdullah memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menghentikan usaha meracuni fikiran rakyat dengan cuba menonjolkan kononnya Chin Peng ialah wira dan pejuang negara.
"Kami para bekas tentera yang berkhidmat di zaman komunis tidak akan melupai apa yang Chin Peng dan pengikutnya lakukan hingga menyebabkan ada antara kami yang merasa deritanya sampai ke hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata ramai bekas tentera menganggap Chin Peng sebagai seteru mereka hingga dendam terhadapnya masih berkobar sehingga sekarang.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilaporkan meninggal dunia pada 16 September akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand. – Bernama, 23 September, 2013.
source : malaysian insider
No comments:
Post a Comment