NUFFNANG

Monday 30 September 2013

PENDEDAHAN PANAS! Siri Bongkar Regim Penindas DAP: Guan Eng Marah Felda Buka Hotel Di Mekah-Kerana Felda Adalah Kepunyaan Melayu

Siri Bongkar Regim Penindas DAP: Guan Eng Marah Felda Buka Hotel Di Mekah-Kerana Felda Adalah Kepunyaan Melayu

oleh rmf
Perangai pemimpin regim DAP jelas menunjukkan bahawa mereka tidak akan senag duduk apabila melihat  syarikat syarikat kepunyaan orang orang melayu mula melangkah kearah bidang perniagaan yang bertaraf global.
Pelbagai fitnah dan tohmahan yang akan dfikeluarkan oleh mereka untuk dijadikan isu agar orang melayu RM0.05sen akan menentang melayu sendiri. Sememangnya Rejim Penindas DAP ni tiadak akan duduk begitu sahaja dengan beberapa kejayaan kecil syarikat melayu.
Ketika banyak isu mula mengelilingi hidup beliau dan Kerajaan Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mula mencari jalan mengalih tumpuan kepada isu lain yang tidak kena mengena dengan pentadbiran beliau.
Dalam Kenyataan Akhbarnya semalam, Lim Guan Eng mempertikai tindakan Felda membuka hotel di dalam dan luar negara. Menurut beliau,
“Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London; dengan penanaman kelapa sawit?
“Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?
Sebagai ahli politik sepenuh masa yang tidak pernah diuji kemampuan dalam bidang perniagaan, Guan Eng sepatutnya menumpukan kerja-kerja pentadbiran dan politik beliau daripada mengkritik sebuah konglomerat yang telah terbukti berjaya.
Jika Guan Eng memahami konsep pelaburan Felda tentulah beliau tidak membuat pertanyaan sebodoh ini. Ini kerana pelaburan Felda dalam bidang perhotelan bukan sekadar pengurusan hotel tetapi lebih kepada pemilikan hotel. Ini bermakna Felda menceburi bidang hartanah, perhotelan dan pelancongan sekaligus.
Misalnya, keputusan Felda membeli 198 unit GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS BAYSWATER bernilai hampir RM500 juta di kota London merupakan satu keputusan pelaburan hartanah.
Alangkah aneh Guan Eng tidak dapat membezakan antara menceburi bidang pengurusan perhotelan dengan bidang hartanah.
Jika orang yang membeli rumah dua tingkat di kota Kuala Lumpur 5 tahun lalu hari ini sudah menjadi jutawan, apatah lagi keuntungan yang akan felda miliki dalam masa 10 tahun akan datang jika ia membuat keputusan menjual bangunan di tengah kota London itu.
Sebagai Ketua Menteri yang dikelilingi oleh ramai pegawai penyelidik dan penasihat ekonomi beliau tentu tahu pembelian hartanah merupakan antara perniagaan yang paling menguntungkan sekiranya ia berada di lokasi yang baik dan pembeli mempunyai aliran tunai yang kukuh.
Namun mengapa Lim Guan Eng tiba-tiba naik angin bila Felda menceburi bidang pemilikan hartanah ini?
Apakah Lim Gua Eng sebenarnya mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan Felda untuk membina sebuah hotel di Mekah dengan harga RM 200 juta?
Felda labur RM200 juta bina hotel, restoran di Mekah
25/07/2008 5:19pm
JERANTUT 25 Julai – Felda melaburkan sebanyak RM200 juta bagi pembinaan sebuah hotel yang kini 90 peratus siap dan sebuah restoran di Mekah yang akan dapat memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia ketika mengerjakan haji dan umrah di tanah suci itu.
Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, projek di bawah penyelenggaraan Felda Global Venture, iaitu sebuah anak syarikat Felda itu mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan kerajaan Arab Saudi.
“Hotel dan restoran terletak di Bab Al Aziz, Mekah itu merupakan antara projek terbesar diterokai oleh Felda di luar negara selain perladangan kelapa sawit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Utusan.
Lim Guan Eng menyebut beberapa hotel lain yang leih rendah kosnya tetapi tidak langsung menyentuh hotel di Mekah ini. Beliau tidak mahu menyebut hotel ini kerana tidak mahu orang ramai terutamanya orang Melayu dan peneroka felda menyedari kebaikan Felda menyertai bidang pemilikan hotel ini.
Cauvinis seperti Guan Eng selalu berpura-pura menjaga kepentingan rakyat semua kaum tetapi hasrat sebenarnya hanyalah untuk keuntungan kaum Cina terutamanya Cina Kristian yang menjadi dominan dalam DAP.
Sebelum Lim Guan Eng mempertikaikan untung rugi perniagaan Felda, beliau perlu jelaskan apa untungnya perancangan beliau membina terowong mega dasar laut menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung yang bernilai berbilion ringgit itu?
Apakah tidak cukup lagi dua jambatan dan feri yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang yang sekangkang kera itu? Justifikasi ekonomi apa yang Lim Guan Eng gunakan untuk membina terowong berbilion ringgit untuk kemudahan sejuta orang sahaja?
Guan Eng sepatutnya menumpukan pembangunan ke seberang perai setelah bahagian Pulau Pinang telah tepu dengan pembangunan. Namun beliau sanggup mengorbankan alam sekitar untuk terus memajukan bahagian pulau kerana di bahagian daratan ini kebanyakan tanah adalah milik orang Melayu.
Orang Melayu akan terus diperbodohkan oleh Lim Guan Eng yang sentiasa akan menyerang mana-mana institusi yang dilihat menjadi sumber kekuatan orang Melayu dan Islam.
Untuk pengetahuan Lim Guan Eng ini sekadar rekod lama tapi sesuai sangat dibaca oleh Guan Eng dan sesiapa sahaja yang mempertikaikan sumbangan Felda kepada negara dan peneroka.
FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007) DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.

Akhirnya kita perlu bertanya apakah sumbangan Lim Guan Eng kepada Felda? Siapakah yang membangunkan Felda sehingga menjadi konglomerat terkemuka dan juga membawa keluar ratusan ribu rakyat dari kemelut kemiskinan? BN atau DAP?
Kita perlukan teguran dan kritikan, tapi bukanlah kritikan tanpa asas, berniat jahat dan penuh agenda untuk melingkupkan Felda.

No comments: