NUFFNANG

Friday 27 September 2013

PM NAJIB SILA JAWAB! Wajarkah BOD GLC Boustead Berhad & Axiata Menganggotai Panel "BERSIH PEOPLE TRIBUNAL" DS @NajibRazak?

Wajarkah BOD GLC Boustead Berhad & Axiata Menganggotai Panel "BERSIH PEOPLE TRIBUNAL" DS @NajibRazak?


Sakit hati membaca berita daripada The Malaysian Insiders, di sini. Berita mengenai satu jawatakuasa yang dibentuk oleh BERSIH, satu pertubuhan haram yang banyak membuat demonstrasi haram di Malaysia, yang dinamakan "BERSIH People Tribunal". Jawatankuasa ini kononnya mewakili Rakyat untuk membuat penghakiman mengenai dakwaan penyelewengan di dalam PRU13. Tribunal haram berkenaan diadakan bermula 18 September lepas di Empire HotelSubang Jaya.


Ahli panel "BERSIH's People Tribunal" terdiri daripada 7 orang. Salah seorang ahli panel jawatankuasa berkenaan adalah Datuk Azzat Kamaludin. Selain daripada merupakan seorang peguam yang memiliki firma guaman Azzat & Izzat, beliau juga merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik untuk Kementerian Luar Negeri. Lebih mengejutkan, Datuk Izzat Kamaluddin juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad dan Axiata Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai TM International)!!!

Bagaimana seorang Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) boleh terlibat dalam satu jawatankuasa yang dikelolakan oleh sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar seperti BERSIH? Apakah Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak menyimpan "musang berbulu ayam" untuk mengendalikan syarikat berstatus GLC?



source : cucu tok selampit

No comments: