NUFFNANG

Wednesday, 25 September 2013

ALAMAK!!! Dua insiden memalukan Ahli Parlimen PKR...

Dua insiden memalukan Ahli Parlimen PKR...


surendran1xxDua insiden dalam dan di luar Dewan Rakyat pagi Rabu menunjukkan sikap ahli Parlimen pembangkang masih ditakuk lama sedangkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika awal sidang Penggal ke 13 sudah meminta ahli-ahli parlimen ‘Ini Kalilah’..berubah demi kebaikan semua dan menjaga integriti Dewan Rakyat.
Insiden sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan persidangan jam 10 pagi dicetuskan ahli parlimen PKR, Padang Serai N. Surendran apabila melangar peraturan mesyuarat dengan mengemukan usul rayuan berhubung kematian P.Karuna Nithi dalam tahan polis pada awal Jun lalu.
Pandikar Amin menegur Naib Presiden PKR supaya membawa usul berkenaan selepas selesai sessi soal jawab namun ahli parlimen itu terus mendesak perkara itu disegerakan .
Beliau mempertikai Speaker malah mendakwa mengamalkan undang-undang ‘koboi’.
Selepas mendapati Surendran terus berkeras, Pandikar Amin mengarahkan  ahli parlimen itu keluar dan meminta bentara mengiringinya keluar.
Bagaimanapun, sekali lagi Surendran mencetuskan ketegangan di lobi parlimen – tempat eksklusif untuk ahli parlimen mengadakan sidang media dengan melanggar peraturan tersebut apabila membawa keluarga individu yang didakwa mati dalam tahanan polis ke tempat sidang media.
Beliau berkeras untuk membawa masuk keluarga P. Karuna Nithi individu yang mati dalam tahanan di Negeri Sembilan dan apabila ditegah pihak keselamatan Parlimen, mereka dimarahi dan dikasari keluarga berkenaan.
surendran2xx
Tidak cukup dengan itu, abang si mati turut mengangkat gambar si mati dan menjerit-jerit di lokasi sidang media ahli Parlimen “polis dah bunuh adik saya!”
Surendran ketika sidang media bersama ahli parlimen PKR Subang R. Siravasa berkata Pandikar adalah speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) dan menunjukkan kesombongannya dengan menghalau dirinya keluar ketika sesi sidang Dewan Rakyat bermula kurang lima minit.
“Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik BN,” kata Surendran.
Sejurus Surendran beredar meninggalkan Dewan, Pandikar Amin berkata di Dewan Rakyat beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana tidak menghormati ahli Parlimen yang lebih senior serta peraturan Dewan.
"Ini bukan soal baru, ini pernah dibangkitkan ahli Parlimen yang lebih lama.
"Dalam keadaan seperti ini, suara-suara itu walaupun tak berdiri saya dengar juga, jangan suatu hari nanti saya halau juga, jangan," Pandikar memberi amaran.
Katanya, beliau sudah menegur Padang Serai supaya membangkitkan isu itu selepas sessi soal jawab.
“Saya ambil kira semua fakta. Mungkin ada yang fikir, ‘siapa saya’ duduk di sini. Kalau semua nak tegakkan benang basah susahlah,” katanya.
Mengikut peraturan Dewan, jika Speakar mengarahkan sesaorang ahli keluar dan tidak menyatakan tempoh, kebiasaannya ia membabitkan tempoh penggantungan selama dua hari. 

source : agenda daily

No comments: