DAP Insider : 15 Dis 2012, Bermulanya Hari Kebinasaan DAP
AIDCNews – 25/09/13 – Pada tanggal 15 Disember 2012 bermulalah hari kebinasaan DAP kerana pada tarikh tersebut dakwa DAP Insider, terbongkarlah penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP kali ke-16 di PISA Pulau Pinang yang membawa ‘kecelakaan’ hingga ke hari ini.
Penipuan dalam pemilihan CEC dakwa blog itu dilakukan oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) menggunakan khidmat dua orang pahlawannya, Anthony Loke dan Tony Pua.
Sebaik sahaja selesai pemilihan CEC, pada keesokan harinya, 16 Disember 2012, Lim Guan Eng memanggil mesyuarat DAP.
“Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.
“Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6,”dedahnya.
Namun, hasil pemilihan CEC telah menimbulkan kontroversi kerana pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.
Laporan muka depan Utusan Malaysia pada 16 Disember 2012 menyebut lapan calon Melayu yang menawarkan diri bertanding tewas untuk merebut 20 kerusi CEC.
Calon-calon Melayu yang tewas adalah, Zairil Khir Johari, Senator Ariffin S.M. Omar, Ahmad Ton, Harun Ahmad, Solaiman Op Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri Shah, Zulkifli Mohd Nor, dan Roseli Abdul Gani dari senarai 66 calonyang bertanding.
“PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.
“Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.
“Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat.
“Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP,” dakwa blog itu.
Namun, setelah hampir tiga minggu isu kontroversi itu diperkatakan, pada 4 Januari 2013, Jawatankuasa Pemilihan CEC tampil dengan pengakuan berlakunya kesilapan teknikal.
“Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.
“Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.
“Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.
“Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi,” dedah DAP Insider dalam tajuk “Titik hitam DAP yang membawa kepada mala petaka dan kemusnahan.”
Blog itu turut mempertikai kenapa hanya undi Zairil dan Vincent Wu yang berubah, sedangkan tiada perubahan terhadap calon-calon lain.
“Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.
“Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.
“Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS, rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar.
“Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.
“Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut,”dedahnya lagi
source : aidc
No comments:
Post a Comment