NUFFNANG

Wednesday 25 September 2013

ALAHAI ! PEMILIHAN SEMULA CEC DAP SEMAKIN TUNGGANG LANGGANG ?!!!

ALAHAI ! PEMILIHAN SEMULA CEC DAP SEMAKIN TUNGGANG LANGGANG ?!!!

Isu pemilihan semula CEC DAP semakin panas apabila Lim Guan Eng DAP mengeluarkan kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Selain daripada menghentam ROS beliau juga mengaitkan permasalahan dalaman parti itu dengan Barisan Nasional.



Padahal satu negara tahu bahawa pihak yang melaporkan kesongsangan parti itu adalah ahli-ahli parti DAP itu sendiri.

Selain daripada itu, Lim Guan Eng juga menulis :  
1. Calon-calon yang sama dan senarai perwakilan yang sama digunakan tahun lalu adalah senarai akhir yang layak.
2. Perlembagaan Parti memberi kuasa untuk mengadakan pemilihan dalam Kongres Khas Kebangsaan. seterusnya
Ironinya, Setiausaha Agung DAP itu tidak menyebut secara terperinci tentang klaus perlembagaan parti DAP yang beliau maksudkan itu. Dan sebagai pemegang jawatan terpenting dalam DAP, takkan beliau tidak mahu menerangkan dengan jelas maksud beliau? 

Mana klaus-klaus perlembagaan yang dimaksudkan oleh beliau?

Dan takkan semua ahli DAP sekadar mengangguk sahaja dengan kenyataan ringkas anak Lim Kit Siang DAP itu?

Let me explain.

Sekarang terdapat dua terminologi yang berbeza di dalam isu pemilihan semula CEC DAP iaitu Kongres Kebangsaan Parti dan Kongres Khas Parti.

Yang dipersoalkan sekarang ialah Kongres Khas Parti bukan persidangan untuk memilih CEC. Dan juga ketetapan bahawa senarai calon dan perwakilan yang sama sahaja untuk Kongres Khas ini!

Jika merujuk perlembagaan parti DAP, pemilihan CEC dilakukan semasa Kongres Kebangsaan Parti.


Dan sebenarnya, pengurusan tertinggi boleh mengadakan Kongres Kebangsaan Parti pada bila-bila masa. Lihat di bawah :



Kongres Khas parti pula adalah satu sidang perbincangan seperti dalam perlembagaan parti DAP.


Dan apabila Guan Eng DAP mengatakan bahawa CEC baru dan lama bersetuju 'calon-calon yang sama dan senarai perwakilan yang sama digunakan tahun lalu adalah senarai akhir yang layak', bukankah ianya juga telah melanggar perlembagaan parti?

Ianya kerana sebarang pindaan dalam Perlembagaan parti perlu dikemukakan kepada Kongres Kebangsaan Parti atau Kongres Khas Parti dan bukannya CEC DAP. Rujuk di bawah :


Satu lagi persoalan menarik ialah mengikut perlembagaan parti, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan Setiausaha Agung DAP untuk 3 penggal sahaja. 

Dan Guan Eng telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2004. Sebelum itu, bapanya, Lim Kit Siang memegang jawatan tersebut.

Ini bermakna Guan Eng tidak layak lagi memegang jawatan tersebut pada penggal seterusnya? Lagi 'hebat'lah politik dalaman DAP! 

Di bawah adalah video dan persoalan yang ditujukan kepada kepimpinan DAP :


Kongres Khas DAP yang akan diadakan di Hotel One World First Avenue, Petaling Jaya, Selangor pada 29 September ini bagi memilih 20 anggota parti jelas melanggar perlembagaan parti klausa 8 artikel lapan dan sembilan. 
Kongres tersebut tersebut jelas melanggar perlembagaan kerana pemilihan semula Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC) hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti dan bukannya Kongres Khas parti. seterusnya

source : Dr MiM 

No comments: