NUFFNANG

Monday, 23 September 2013

Siri Bongkar DAP: Nilai Saorang Melayu di Mata DAP Hanya RM0.05 Sen Pun Sudah Cukup Mahal (Video)

Siri Bongkar DAP: Nilai Saorang Melayu di Mata DAP Hanya RM0.05 Sen Pun Sudah Cukup Mahal (Video)

RM0.05 sen itu sudah cukup mahal jika ianya nilai bagi perjuangan saorang Melayu didalam DAP, ada percakapan yang saya dengar bahawa nilai saorang Melayu didalam parti DAP selayaknya saorang Hamba yang mesti akur pada tuannya.
Terasa terhinanya bila membaca artikel ini, betapa murahnya nilai saorang Melalyu dimata saoarang Cina yang berpaksikan DAP. Tetapi mereka ini ( melayu)  yang meyertai DAP ini adakah mereka merasakan nilai harga diri mereka serendah ini.
Kerana politik dan  kekecewaan mereka , mereka sanggup menjualnya dengan harga yang cukup murah , berbangga pula saorang Cina yang berpaksikan DAP dapat memijak dan memperkudakan manusia yang berbangsa Melayu dengan diletakkan harga diri mereka serendah rumput dibumi .
Ini lah manusia manusia yang bongkak  berbangsa Melayu yang mana sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hati walaupun terpaksa melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.
Abdul Rahman Malik – Berapa harga politik seseorang Melayu yang menjadi ahli parti DAP? Tidak tinggi kata beberapa orang Melayu yang menjadi ahli parti itu. Persoalan ini menjadi isu panas menjelang mesyuarat agung luar biasa DAP Ahad depan.
Hiba juga memikirkan apabila ada saki baki ahli Melayu DAP kini yang berani berterus terang mengakui bahawa kehadiran dan penyertaan mereka sebenarnya tiada nilai dalam politik DAP.
Bekas Naib Presiden Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd Noor menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di mata pemimpin DAP hari ini sumbangan dan nilai ahli Melayu mereka tidak lebih daripada 50 sen sahaja.
Malah putera Ahmad Nor, seorang lagi bekas Naib Presiden parti itu, Amran Ahmad menyifatkan bahawa penilaian bahawa ahli Melayu di mata pemimpin DAP yang disebut oleh Zulkifli sebagai hanya 50 sen itu sebenarnya sudah cukup tinggi.
Beliau menyindir bahawa pada congakannya nilai sebenarnya hanya lima sen sahaja. Mungkin sebagai seorang anak muda penilaian itu disalut oleh rasa kecewa dan amarah yang agak mendalam.
Ahli dakwa DAP tiada nilai
Namun pada hakikatnya Amran membuat kesimpulannya itu bersandarkan hakikat bahawa di segi politik, DAP memang bersikap rasis dan berat sebelah terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu.
“Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.
“Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (Timbalan Setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut,” katanya.
Zulkifli mendedahkan bahawa DAP mahu menambah penyertaan kaum Melayu di dalam parti itu adalah diibaratkan sebagai hanya menggunakan “tudung saji” untuk melindungi sikap rasis parti itu.
Amran membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini sebagai dalil paling jelas bahawa DAP menganggap ahli Melayu hanya untuk pameran sahaja.
Malah di sinilah bermulanya kemelut yang dihadapi DAP sekarang hingga diarahkan supaya mengadakan pemilihan semula Jawatakuasa Eksekutif Pusatnya pada Ahad depan.
Dalam usaha untuk mempamerkan bahawa ia parti berbilang kaum dan seiring pemikiran politiknya dengan kerabat Pakatan Rakyat, PKR yang juga menonjolkan imej berbilang kaum, DAP dikatakan cuba merombak keputusan pemilihan CEC Disember tahun lalu.
Ini semua untuk meletakkan DAP agar kelihatan serasi bukan sahaja dengan PKR malah adalah seiring dengan pemikiran PAS yang mahu menjenamakannya dengan slogan PAS For All (PAS untuk semua).
Kemasukan Zairil hanya drama DAP
Lantas apabila perwakilan dalam mesyuarat agung itu enggan merelakan seorang ahli Melayu pun dimasukkan di dalam senarai pemimpinnya, keputusan itu digodam untuk mengizinkan seorang anak Melayu, Zairil Khir Johari diselitkan dalam senarai.
Zairil adalah Allahyarham Khir Johari bekas pemimpin Umno. Imej beliau amat diperlukan untuk membayangkan betapa DAP juga adalah wadah yang sesuai untuk perjuangan politik orang Melayu.
Namun helah itu dapat dibaca oleh ahli Melayu DAP lain.
“DAP itu membohong. Mereka kata memperjuangkan ‘multi-racial’. Hari-hari dulu telefon saya, wakil CM (Ketua Menteri Pulau Pinang) datang jumpa saya minta tolong masuk DAP.
“Akhirnya hanya Cina sahaja yang kawal. Mereka pergunakan orang Melayu untuk tampal sahaja untuk dapat sokongan. DAP memang parti Cina,” kata Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu ketika demam pilihan raya memuncak.
“DAP hanya retorik, kononnya ada slogan untuk Bumiputera. Saya kecewa dengan DAP Pulau Pinang tiada langsung orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Padahal dia laung dan ajak orang Melayu ke hulur hilir, tampal poster sana sini tapi tiada seorang pun. Begitu hina dia pandang orang Melayu. Itu yang saya bosan dan tidak dapat maafkan.
“DAP pandai main politik, mereka nak kuasa politik hingga sanggup belanja besar. Pulau Pinang negeri yang maju, isunya dah bagi MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun. DAP bagi semua itu tapi yang penting politik dia mahu kawal. Itu DAP. Saya dah masuk DAP, jadi saya tahu,” tegasnya.
Pemilihan semula CEC ada agenda tersembunyi?
Aspan, seorang pengkritik tegar Umno berkata, hakikat daripada 93 orang MP dan ADUN DAP kini hanya seorang sahaja MP dan ADUN DAP Melayu, adalah dalil terkuat bahawa ia bukan parti berbilang kaum yang dilaungkannya.
Persoalannya, adakah pemimpin DAP hari ini insaf dan akur akan rungutan diskriminasi terhadap ahli Melayunya ini? Adakah pemilihan Ahad depan akan memberi peluang kepada parti pimpinan Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit siang untuk mengubah keadaan.
Atau, adakah DAP tidak ambil peduli dan akan sengaja mendorong menggunakan masalah teknikal untuk memenuhi agenda yang tersirat sehingga mungkin menyebabkan ia diharamkan sebagai sebuah parti politik?
“Dia memang tak takut DAP diharamkan, dia memang suka jikalau DAP diharamkan mengikut undang-undang,” tegas seorang lagi Melayu yang pernah menjadi Naib Pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz.
“Now the reason for this is that kalau diharamkan tidak ada lagilah DAP…bila tidak ada lagi DAP jadi dia perlu buat satu parti lagilah untuk ganti DAP yang diharamkan itu.
“Jadi bila dia buat parti yang baru dia boleh pilih siapa yang akan jadi ahli, macam sekarang ini dia tidak boleh kawal lagi dah melainkan secara tipu menipu di dalam pemilihannya.
“So yang itu sandiwara, yang kata kerana dia sayang partinya tidak mahu parti itu diharamkan oleh kerajaan itu ini itu untuk mendapatkan simpati rakyat kerana selalunya apa yang dia buat tuduhan itu kerajaan ini tidak adil, Umno itu satu parti yang zalim, corrupt dan itu ini,” kata beliau.
Apabila dihimpunkan cetusan rasa Melayu yang pernah satu ketika diberi keyakinan palsu bahawa DAP parti berbilang kaum, amat sukar untuk menafikan rungutan mereka bahawa orang Melayu tiada nilai politik dalam parti – hanya lima sen sahaja.

source : rmf7

No comments: