NUFFNANG

Thursday, 26 September 2013

HOT..!!! PENYOKONG PAS MENGAMUK DI KEDAI MAMAK..!!!

HOT..!!! PENYOKONG PAS MENGAMUK DI KEDAI MAMAK..!!!


PR broken

Selesai solat Isyak semalam, saya memenuhi pelawaan seorang rakan untuk
 “mengeteh” di kedai mamak. Bukan apa, agak lama saya tidak bersembang
lama dengannya, selalu hanya bertegur sapa di masjid sebelum pulang ke rumah…

Setibanya kami di kedai mamak yang terletak tidak jauh dari masjid, kelihatan
beberapa pak lebai sedang minum teh tarik di kedai yang sama. Kebetulan
mereka kenal baik dengan kawan saya, kami dipelawa duduk semeja dengan mereka.

Tidak mahu mengecewakan kawan-kawannya, sahabat saya setuju untuk
 “mengeteh” bersama mereka. “Sekejap saja” katanya pada saya. Saya hanya
tersenyum setuju…

Rupanya mereka sedang hangat berbual tentang isu “tahaluf siyasi” di antara
PAS, PKR dan DAP. Saya fikir isu itu sudah reda dan mungkin basi, tapi
ternyata jangkaan saya meleset. Isu PAS perlu kaji semula tahaluf siyasi
dengan PKR dan DAP ternyata masih hangat diperdebat di Kedah!

Saya menelah, mungkin cadangan itu tercetus di Kedah, maka ia masih lagi
diperbualkan pak-pak lebai di negeri Jelapang Padi itu. Maklumlah, PAS
tewas di Kedah dan hanya mampu bertahan selama sepenggal saja. Sudah
tentu pak-pak lebai PAS di Kedah giat memikirkan punca kekalahan mereka, bukan?

Kebetulan dapat duduk semeja dengan penyokong PAS yang tidak
mengenali saya, seronok juga rasanya. Mengenakan lebai “PAS for all”
di kepala, memang “totok” benar rakan-rakan “baru” saya itu. Saya hanya
tersenyum mendiamkan diri…

Betul mereka mahu PAS kaji semula tahaluf siyasinya dengan PKR dan DAP.
Atau lebih tepat lagi, mereka sebenarnya mahu PAS keluar saja dari
Pakatan Haram sesegera mungkin. Nak tahu kenapa?

Menurut mereka, sejak PAS bersama PKR dan DAP, mereka teruk disindir,
diperli dan dipermain rakan-rakan di tempat kerja. Bukan setakat itu saja,
malah isteri, bapa, bapa mertua dan sepupu sepapat mereka pun tumpang
sekaki “mengena”kan mereka!

Malu betul mereka bila dikatakan PAS di”keldai”kan PKR dan DAP. Mahu
disanggah, tapi fakta tidak memihak pada mereka. Mahu dinafikan, tapi
apa yang berlaku memang betul menunjukkan PAS diperhambakan PKR dan DAP.

lge kalimah Allah

Kata mereka, tidak sanggup disindir pedas setiap hari, ada di kalangan mereka
yang tidak sanggup mengaku ahli PAS lagi. Malah ada yang sanggup
mengaku sudah bertukar menyokong UMNO! Bendera PAS yang ada
di pintu pagar rumah pun mereka tanggalkan!

Dari sebesar-besar isu seperti kalimah “Allah”, hukum hudud dan
negara Islam, hinggalah kes pemecatan Hasan Ali serta insiden
Ustaz Nasharuddin “dipulaukan” pemimpin PAS, semuanya mereka
ungkit malam semalam.

Mereka marah, dasar PKR dan DAP semuanya diikut PAS, tapi dasar
PAS langsung tidak tercatat dalam buku Jingga. PAS terpaksa berkorban
perjuangan dan dasar atas nama “tahaluf siyasi”. “Tahaluf siyasi jenis apa
yang merugikan PAS dan Islam begitu?” protes mereka.

Di Kedah, memang ramai penyokong PAS yang marah dan mahu parti mereka
keluar dari Pakatan Haram. Bukan saja di Alor Setar, Sg Petani atau Kulim,
malah boleh dikatakan majoriti akar umbi mahu PAS ceraikan PKR dan
DAP yang didakwa “mengkastakan” PAS.

“Apa depa ingat PAS ni paria ka..?” kata salah seorang dari mereka yang
merah-merah mukanya menahan marah sambil menampar meja.

Melihat keadaan semakin panas, saya memberi “signal” pada rakan saya
untuk berpindah meja. Bukan apa, rasa malu pula bila ramai pelanggan
di kedai mamak itu memandang kami seolah-olah kedai itu kami yang punya…

Tersenyum dengan apa yang berlaku sambil meminta izin, kami pindah meja.
Saya dan sahabat saya berbual panjang. Namun sebelum pulang ke rumah,
rakan saya sempat berbisik… “Mujur aku dah tak sokong PAS, aku pangkah BN hari tu..”.

Dalam perjalanan pulang, saya akui bahawa perkongsian bantal PAS
bersama DAP dan PKR memang merugikan PAS. Bukan saja golongan atas
pagar yang enggan beri undi pada PAS, malah ahli PAS sendiri pun tidak beri
undi mereka pada parti mereka pada PRU ke-13.

Tapi tak tahulah sama ada kepimpinan PAS sedar atau tidak. Rakyat Kedah
agak berlainan sedikit. Mereka agak jijik pada DAP dan “kureng” sikit pada
PKR. Tambahan pula banyak tembelang PKR dan DAP terbongkar sebelum ini,
lagilah mereka “phobia” pada Pakatan Haram.

Hasilnya, PAS tumbang di Kedah. Mungkin sebab itula pak-pak lebai di kedai
mamak itu merah-merah padam mahu PAS ceraikan DAP dan PKR.
Kata mereka, sebelum PAS”lerai” diceraikan PKR dan DAP, baik PAS bercerai
dari Pakatan Haram!

Sumber: Mykmu.net

No comments: