Hasutan kes Lahad Datu: Tian Chua perlu dibicarakan - Mahkamah Tinggi
Perlu dibicarakan, itulah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amelia Tee Abdullah berhubung percubaan Naib Presiden PKR Tian Chua mengugurkan tuduhan hasutan kes Lahad Datu terhadapnya.
Ahli Parlimen Batu tersebut sebelum ini menfailkan permohohan bagi membatalkan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.
Perbicaraan kes tersebut akan bermula 16 dan 17 Oktober ini.
Bagaimanapun, peguam Tian Chua, Latheefa Koya memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Pada 14 Mac, Tian Chua minta dibicarakan selepas membuat kenyataan yang mendakwa pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari Sulu, di Lahad Datu merupakan satu konspirasi terancang oleh UMNO untuk mengubah perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.
Beliau berkata ia merupakan satu 'drama' oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian terhadap Sabah, berbanding inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai isu projek IC.
Tian Chua, didakwa melakukan kesalahan tersebut di Fraser Business Park di sini pada 1 Mac pukul 11 pagi.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Artikel 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama dan lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya.
Pada 12 April, Tian Chua, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan tuduhan terhadapnya.
source : agendadaily
source : agendadaily
No comments:
Post a Comment