TERKINI.. CORETAN TERAKHIR DUKE UNTUK ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN RAZAK... AL-FATIHAH...
Ya. Ajal maut di tangan Allah SWT. Malah ia sudah ditetapkan sejak kita di lauhul mahfuz. Sekiranya
ajal dah tiba, tak kira apa cara kematian sekalipun, Izrail takkan lengahkan walau sesaat pun.. Itu pasti...

Begitulah juga perihalnya dengan perginya bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak, ke rahmatullah
kira-kira jam 11.10 pagi tadi. Sambil menaip aku gagal menahan sebak... bergenang juga airmata dikelopak
mata...

Aku yakin, selepas ini akan keluar banyak "belasungkawa" menceritakan tentang Allahyarham Ustaz
Azizan. Mungkin sudah lumrah manusia, selepas seseorang itu pergi dan kita merasa kehilangan,
barulah kita akan menghargainya...

Aku agak berlainan sedikit. Walau kawan-kawan aku selalu menghentam Allahyarham dan kepimpinannya,
akulah yang sering membela Ustaz. Kata aku, Ustaz tak salah, yang salah ialah pihak yang diberi
kepercayaan oleh Ustaz Azizan.. takkan MB nak buat semua kerja kot?

Pada aku, Ustaz Azizan cukup istimewa dari konteks pemimpin PAS Kedah. Kalau ikut ranking, aku
letakkan namanya yang kedua tertinggi selepas nama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Dua pemimpin
PAS Kedah yang cukup hebat dan berkarektor, dihormati kawan dan lawan...

Pada aku, belum ada seorang pun pemimpin PAS Kedah yang mampu menandingi personaliti
Ustaz Azizan, apatah lagi Ustaz Fadhil Noor. Mahfuz? Taulan? Pharolrazi? Amiruddin Hamzah?
Semuanya jauh di belakang nama Azizan Razak dan Fadhil Noor... jauh sekali...

Nak tahu kenapa aku kata begitu? Sebab dulu aku selalu jumpa depa. Arwah ayah aku selalu bawak
aku ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor.. Kadang-kadang Ustaz Azizan pun ada sekali.. Aku sebagai
pak turut masa tu hanya observe depa saja dari belakang...

Kepimpinan PAS Kedah di zaman Ustaz Fadhil tak sama dengan zaman Ustaz Azizan. Masa
Ustaz Fadhil dulu, pemimpin PAS Kedah memang hebat perjuangannya. Tapi bila Ustaz Fadhil
meninggal dunia, Ustaz Azizan ambil alih, lain pula ceritanya...

Di zaman Ustaz Azizan, PAS Kedah banyak berubah. Selain berdepan dengan penyakitnya,
Ustaz Azizan dipaksa berdepan dengan "warlord-warlord" PAS Kedah yang muncul gilakan kuasa,
apatah lagi bila PAS berjaya menjajah Kedah pada PRU ke-12 dulu...

Teruk Ustaz Azizan dibuatnya. Malah kalau difikirkan, musuh dalam selimutnya menghentam
kepimpinannya lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh UMNO Kedah ketika itu. UMNO Kedah
hanya menyerang dasar pentadbiran, tapi warlord-warlord PAS Kedah hentam dari semua sudut!

Sama ada dasar atau peribadi Ustaz Azizan, warlord-warlord PAS Kedah tu balun tak serupa manusia.
Depa kerat, depa sabotaj. Bila kalah depa salahkan Ustaz Azizan. Bila kaki Ustaz terpaksa dipotong,
depa bersorak gembira dan mengutuk bekas MB Kedah tu...patut ke?

Aku masih ingat keluhan isteri Ustaz Azizan terhadap serangan dari "dalam" PAS tu. Mengalir airmatanya.
Bukannya UMNO yang serang suaminya, tapi PAS sendiri yang balun suaminya yang terlantar di
wad ICU hospital... jemaah Islam apa lagu tu?

Aku sendiri hairan. Ustaz Azizan tu Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap MB Kedah pertama dari
PAS. Ustaz bukan pemimpin UMNO pun. Dia boss PAS Kedah, tapi depa layan dia macam musuh!
Kesian aku tengok...

Aku yakin, disaat jenazah Ustaz Azizan sedang diuruskan. Tanah pusara masih merah dan basah,
puak-puak PAS sudah berbisik tentang Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau. Depa sebok atur nama
calon dan dok kira berapa banyak "derma ikhlas" yang bakal masuk ke poket depa...

Itu belum lagi yang dok congak-congak duit ceramah maki hamun UMNO. Jadual kena buat,
bahagi-bahagi duit ceramah fitnah sesama depa...Perkara macam tu la yang buat Ustaz Azizan
marah kat depa dulu... sebab tu la depa tak suka kat arwah kot...?

Apapun, kita sebagai umat Islam wajar menghadiahkan Al-Fatihah yang sempurna buat Allahyarham
Ustaz Azizan. Semogar roh beliau di tempatkan bersama para anbiya' dan para solihin. Diringankan
seksa kubur dan diampunkan segala dosanya... insyaAllah...

Kita perlukan teruskan perjuangan. Sama ada PAS atau UMNO, matlamat pertama kita ialah Islam.
Keduanya barulah bangsa dan ketiganya tanahair. Biarlah Allahyarham bersemadi dengan aman di
sisiNya sementara kita menghitung giliran kita ke rahmatullah pula.. dah cukup bekalan ke?

No comments:
Post a Comment