NUFFNANG

Wednesday, 25 September 2013

Antara Akhramsyah Sanusi dan Khairy Jamaluddin

Antara Akhramsyah Sanusi dan Khairy Jamaluddin

Kini telah adanya suatu pertandingan yang dinanti-nantikan oleh para pemerhati politik; barangkali antara yang menarik juga ialah pertandingan bagi pos Ketua Pemuda UMNO.

Khairy Jamaluddin dicabar oleh seorang mukabaru dalam politik UMNO iaitu Saudara Akhramsyah. Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pelbagai pihak serta pelbagai komentar dicurahkan dengan masing-masing menyatakan sokongan kepada calon-calon yang menawarkan diri.

Khairy banyak diulas akan menang mudah bagi pos ini memandangkan beliau seorang yang sedang menyandang jawatan yang sama. Manakala peluang Saudara Akhramsyah dilihat tipis jika ianya diulas di atas kertas-kertas yang mencatatkan berita politik. 

Bagaimanapun, masa masih panjang untuk setiap pemilih menilai dengan sebaiknya. Akhramsyah bukanlah seorang pengkomentar baru dalam dunia perbahasan dan perdebatan di kaca televisyen. Dia sering kelihatan muncul membicarakan isu-isu ekonomi semasa dan sering juga dilihat di pentas media berdebat dengan beberapa tokoh politik antaranya iailah tokoh parti DAP seperti Tony Phua.

Akhram juga sebagai seorang blogger yang sering bertemu dengan para pengkomentar yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan isu-isu yang beliau bahasakan di blog nya. 

Manakal Khairy Jamaluddin pula dilihat sebagai seorang remaja yang senang didekati oleh golongan yang sebaya dan tidak kelihatan berprotokol.

Namun banyak lagi soal-soal yang lebih utama yang perlu diberikan perhatian oleh para pemilih. Antara lain, siapakah tokoh pemimpin yang diperlukan oleh parti UMNO buat masa ini. Kriteria yang bagaimana dan punya kualiti upaya yang apa dan bagaimana? 

Kita melihat dahulu apakah perkembangan yang selanjutnya, bagi kita bincang lebih jauh tentang siapakah calon yang wajar diangkat sebagai seorang pemimpin yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

No comments: