NUFFNANG

Friday 27 September 2013

MAT SABU PERLEKEH KEPIMPINAN ULAMAK PAS? MAT SABU - 35 TAHUN SAYA DALAM PAS, INILAH TAHUN PAS PALING TERBUROK

MAT SABU - 35 TAHUN SAYA DALAM PAS, INILAH TAHUN PAS PALING TERBUROK


PAS PALING BUROK DALAM SEJARAH SAYA
Gambaran awal muktamar PAS hujung tahun ini ialah golongan ulama bakal 
mengalami kekalahan lebih banyak jawatan penting berbanding pada tahun 2011 lalu, 
lapor FMT.
Portal itu membuat ramalan berdasarkan kekalahan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 
(DPPM), Nasrudin Hasan bertanding di Indera Mahkota di Pahang.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh dilaporkan astroawani.com telah tewas 
merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat 
Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua 
Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat 
lebih 100 undi.
Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk 
bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan 
Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.
Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh 
menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.
The Malaysian Insider turut melaporkan kelegaan seorang penganalisis politik apabila 
mendapat tahu kekalahan Nasrudin.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah 
akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai 
peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap 
lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya.
The Malaysian Insider turut mewawancara Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan 
jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen 
paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama 
mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar 
dan kepimpinan parti,” katanya.
Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat 
sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November 
ini di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara 
menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing 
dengan menjadikan Facebook,sms dan blog sebagai medan utama.
“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. 

Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook 
sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.
“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan 
perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.
Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat 
sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.
“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat 
tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.
Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan 
dan melabelkan antara satu sama lain.
“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik 
dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang 
ini akan kabur di masa depan,” katanya.

source : mymassa

No comments: