NUFFNANG

Saturday 21 September 2013

NAK NILAI SEBENAR MELAYU DALAM DAP? KALAU NAK TAHU BACALAH ARTIKEL INI!

Bukan 50 sen tapi 5 sen nilai Melayu dalam Dap !! @dzainalabidin

on Friday, September 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Seorang ahli DAP, Amran Ahmad berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Amran, yang merupakan anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor berkata, nilai tersebut sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti itu terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

"Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.

"Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (timbalan setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zulkifli sebagai berkata penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.

Dalam masa yang sama, Amran turut membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini.  

"Saya ni ahli, sudah empat tahun.. pun tak bagi bertanding.  Mereka kata ini kongres la, nak pakai calon lama la.. Bagi saya itu semua mengarut. Itu semua satu cara untuk menyekat Melayu lain bertanding dan mengekalkan muka yang sedia ada. Itu saja," katanya sambil menambah, terdapat ramai lagi ahli Melayu yang kecewa ekoran tidak dibenarkan bertanding.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam sidang medianya pagi tadi berkata beliau kecewa dengan kenyataan Zulkifli.

"Kenapa sekarang? Saya kecewa dengan pemimpin lama yang membuat komen seperti itu ketika ini," katanya lagi.

Zulkifli adalah seorang daripada lapan calon Melayu yang akan bertanding bagi merebut jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan hujung bulan ini.

source : generasi pejuang bangsa

kzso -  dap nilaikan orang Melayu dalam dap bernilai 5 sen..nilai orang Melayu LUAR dap agaknya berapa mereka nilaikan? mahu pada mereka nilai orang Melayu haprak aja. Amacam pas dan pkr? sekarang taulah kamu betapa bernilainya kamu di mata mereka! haprak dan macam sampah ajer!!

No comments: