NUFFNANG

Monday, 30 September 2013

PANAS!! PANAS!! CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?

CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?



DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang
status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari
DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih
dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan
Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan
Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan
semula CEC DAP.


Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013.

Namun kelibat Jenice Lee dilihat turut mengundi semasa CEC
DAP  pada 29 September 2013 di One World Hotel, Damansara
seperti foto di bawah ini..

Jenice Lee turut beratur mengundi...kata dah dipecat dan 
berpisah dari DAP tapi masih boleh mengundi...confius! 
(Sumber foto: minaq jinggo blogspot)
Persoalannya...


Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana 
bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?

Kalau dalam parti-parti lain seperti UMNO, PAS, PKR, PBB,
MCA, MIC, SUPP, PBS dan sebagainya hatta dalam persatuan
atau organisasi mana pun, keahlian seseorang itu akan terlucut
secara automatik jika ia dipecat parti. Dia atau seseorang
itu tidak boleh mengundi atau terlibat lagi dalam membuat
sebarang keputusan dan dasar parti atau organisasi yang
dahulunya pernah dianggotainya.

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?

Adakah pemecatannya dahulu tidak sah? 

Boleh pulak dia mengundi? 

Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 


Lihat jari ku ada warna kan? 
(Sumber foto: minaq jinggo blogspot)

RoS dan SPRM perlu siasat segera. CEC DAP kali kedua ini 
mungkin penuh penipuan dan perlu dibongkarkan!


HarakahDaily 29 September 2013 turut menyiarkan kelibat Jenice Lee mengundi di CEC DAP

Kami hanya bertanya memohon perjelasan dari DAP. Inikan negara
demokrasi dan setiap rakyat mempunyai hak asasi untuk bersuara
dan bertanya, maka DAP perlu menjawab segala keraguan-keraguan
ini.

Jangan nak dalih ini salah UMNO pulak.

source : mymassa

No comments: