NUFFNANG

Monday 23 September 2013

Kumpulan Fikrah Malaysiakini Tunjuk Agenda Terhadap Presiden PAS

Kumpulan Fikrah Malaysiakini Tunjuk Agenda Terhadap Presiden PAS ?

AIDCNews – 23/09/13 – 

Tujuh hari sebelum Hishamuddin Rais mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘meroyan’ kerana beri lampu hijau mahu bekerjasama dengan UMNO, portal pro pembangkang telah tunjuk agenda terhadap ketua nombor satu pemimpin Islam itu.
Pada 17 September, tarikh kematian Chin Peng yang didakwa telah dispinkan, Malaysia bertanyakan Abdul Hadi berkenaan kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu.
“Abdul Hadi yang tercengang dan tidak tahu menahu tentang kematian Chin Peng itu telah dijadikan tajuk utama oleh portal berita yang Hishamuddin Rais salah seorang daripada kolumnisnya.
“Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan terkejut apabila diminta menyatakan pendiriannya sama ada mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng patut dibawa pulang untuk dikebumikan ke negara ini.
“Beliau kelihatan tidak mengetahui perkembangan bahawa Chin Peng telah meninggal dunia diBangkok semalam.
“Hadi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini berpaling ke arah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan bertanya sama ada benar Chin Peng telah meninggal dunia, “lapor Malaysiakini yang seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap Presiden Pas itu.
Dalam masa sama, Malaysiakini turut melaporkan kenyataan Pengarah Penyelidik Pas, Dr Dzulkefly Ahmad yang dikenali sebagai daripada kumpulan Erdogan @ Anwarinas yang menyarankan agar mayat Chin Peng dibenarkan untuk dibawa pulang ke negara ini.
Lima hari selepas portal Malaysiakini membuat sindiran itu, Abdul Hadi membuat kenyataan terbuka bahawa Pas bersedia bekerjasama dengan UMNO termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
“Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, pada Sabtu.
Kenyataan Abdul Hadi bukan baharu kerana pada Ogos lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 membuat anjuran yang sama yang disifatkan Dewan Pemuda Pas sebagaikeputusan peribadi tanpa dirunding terlebih dahulu dengan Presiden Pas.
Namun, ketika itu, Hishamuddin Rais yang juga Pengerusi Bersama BERSIH tidak menulis di twitter mengkritik Anwar sebagai ‘meroyan’ mahu bekerjasama dengan UMNO.
source: aidc

No comments: