NUFFNANG

Thursday 26 September 2013

Al-Fatihah, Gambar Terakhir Ustaz Azizan dan Punca Kematian Allahyarham.. #KedahAmanMakmur

Al-Fatihah, Gambar Terakhir Ustaz Azizan dan Punca Kematian Allahyarham.. #KedahAmanMakmur



Khas kepada pembaca blog Mc.. walaupun kita berlainan politik, tetapi Agama kita sama, kiblat kita sama, tujuan kita hidup tetap sama. Janganlah bezakan diantara kita hanya disebabkan kuasa dan darjat. Kerana kalau kita mati, semua itu tidak ada guna lagi.

Doakan yang baik-baik pada Allahyarham.. Takziah pada keluarga Ustaz Azizan Razak, semoga bersabar hendaknya.

Al-Fatihah..


Penjelasan Doktor Punca Kematian Ustaz Azizan,

ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah Dr Noor Zaini Morad berkata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi.

Beliau berkata Azizan, 69, meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi, Khamis.

Dr Noor Zaini berkata keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung.

"Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah," kata beliau.

Beliau berkata Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk.

"Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui berkata kematian Azizan adalah satu kehilangan kepada parti dan juga kepada beliau secara peribadi.

Mustapa, yang berada di Alor Setar sejak Rabu, menyifatkan Azizan sebagai kawan rapat di dalam dan luar parti.

No comments: