NUFFNANG

Monday, 23 September 2013

MESTI BACA! Ramai yang sokong Chin Peng, tak tahu apa mereka kata

Ramai yang sokong Chin Peng, tak tahu apa mereka kata


Desakan sesetengah pihak yang mahu abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dibimbangi akan mengguris perasaan keluarga mereka yang terkorban semasa pemberontakan parti itu berlaku.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata meskipun pembakaran abu mayat Chin Peng dijadualkan pada minggu depan, namun rakyat di negara ini perlu mempertimbangkan secara rasional kesannya jika abu mayatnya itu dibawa masuk ke dalam negara.

Katanya perkara paling sukar diatasi ialah berkaitan dengan emosi dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika PKM bermaharajalela melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan.

Rententan itu beliau meminta tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini semata-mata untuk agenda tersendiri.

"Beliau 'Chin Peng' pemimpin PKM, di Malaysia masih ada begitu ramai keluarga yang ada kisah-kisah hitam dengan PKM.

"Membawa balik abunya itu akan mengguriskan perasaan sekian ramai orang...betul ada orang yang abu itu dibawa balik...betul...

"Kita cuba lihat begini ya, bagi si A yang hendak abu itu dibawa balik, pada saya dia mempunyai alasan yang rasional, saya boleh faham tetapi kita perlu ingat si B yang tidak mahu abu itu dibawa balik, alasan itu emosional...dalaman...

"Yang rasional kita memang boleh berhujah tetapi yang dalaman ini kalau berhujah...sebab itu Melayu ada peribahasa seperti api dalam sekam," katanya kepada Antarapos ketika diwawancara baru-baru ini.

Saifuddin dalam pada itu berkata biarpun kerajaan sudah menandatangani Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 di antara kerajaan dan PKM ketika itu, namun kerajaan masih memikirkan risiko jika abu mayat itu disemadikan di sini.

Katanya kerajaan sangat prihatin dengan kesan mendalam dan trauma yang masih berlaku kepada keluarga mangsa pemberontakan PKM yang terkorban ketika itu.

"Saya rasa saya mampu berdialog dengan orang yang rasional ini tetapi mampukah kita melayan orang yang beremosi mengenai isu ini...

"Jadi sebab itu saya rasa kerajaan tidak mahu mengambil risiko itu," katanya lagi.

Terdahulu, pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.

Sementara Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Menurutnya lagi bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi, pada 16 September kerana sakit tua.

Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. ~Antarapos
 
ULASAN
 
Prof Aziz Bari baca ke Hadyai Accord?
 
Chin Peng bukan rakyat Malaya atau Malaysia. Dia menentang kerajaan dan kedaulatan kerajaan-kerajaan ngeri yang berdaulat. Selepas merdeka pun, Chin Penag persoal kedaulatan negara. Siapa dia nak persoal?

Malah dia bukan pejuang kemerdekaan kerana rakyat pun bukan. Dia kata dia anti British tapi Parti Komunis Malaya di tubuhkan atas bantuan dan diberi senjata oleh British untuk menentang Jepun. 
 
Penubuhan PKM melibatkan seorang double atau ada kata triple agent bernama Loi Tak dalam satu perjanjian dengan pegawai British bernama Spenser Chapman di sebuah plantation di Bidor Perak. Pegawai tentera British datang dengan submarine dan berlabuh di Lumut. 
 
Itu sebab British beri status PKM sebagai pertubuhan yang sah hingga diharamkan kerana kegiatan subversif.
 
Kesemua pihak yang konon pejuangkan kemerdekaan, termasuk Chin Peng, mereka buta sejarah kepada realiti dia hanya menentang British dan mahu tukar penjajah dari British ke Jepun, orang Cina, Indonesia dan penjajah lain. 
 
Mereka tak faham negeri-negeri Melayu adalah negara berdaulat yang secara teknikal bukan dijajah tapi ditadbir British atau terima Penasihat british. Cara yang mereka lakukan menafikan kedaulatan sedia ada kedaultan negeri sebagai negeri negeri Melayu. 
 
Hadyai Accord memberi ruang untuknya memohon untuk jadi warganegara dalam 1 tahun tapi Chin Peng tidak memohon langsung. 
 
Apa cerita nak bawa balik abu bukan warganegara Malaysia? Apa ingat Malaysia tempat pembuangan abu mayat antarabangsa ke???
 
Kalau nak tahu, dia pernah ditanya apa sebaik saja dia menandatangani perjanjian Hadyai. Apakah rancangannya jika kembali ke Malaysia. Katanya nak masuk politiik.

Adakah dia nak masuk MCA? Tidak

Gerakan? Tidak, saya nak masuk DAP, kata Chin Peng

Kalau ikut syarat perlepasan ISa dahulu, sering mereka tak dibenarkan bergiat dalam politik ketka dalam pemerhatian. Tak tahu samada, syarat itu dikenakan juga.

source : the unspinners

No comments: