NUFFNANG

Monday 2 September 2013

Lucut Kewarganegaraan Pengkhianat Negara! Najib ada bran?

Lucut Kewarganegaraan Pengkhianat Negara


September 2, 2013    

HINA BENDERA 1
Kebiadapan melampau yang menjadi budaya pakatan pembangkang harus dibenteras demi kedaulatanNegara. Selepas satu demi satu tindakan mereka mencabar kewibawaan kerajaan maka sudah sampai masa dan ketikanya untuk kerajaan bertindak lebih tegas dengan mengenakan hukuman maksima untuk menjadi pengajaran dan teladan terhadap bakal-bakal pengkhianat Negara yang lain.

Kerakyatan dan kewarganegaraan harus dilucutkan dari para pengkhianat Negara yang terlalu biadap bertindak dengan tujuan utama untuk  menghina kedaulatan Negara.  Selama ini kerajaan agak berlembut dengan mereka. Rakyat sudah cukup muak dengan pengkhianatan mereka. Oleh itu kami rakyat Malaysia menuntut para pengkhianat ini dilucutkan kewarganegaraan. Mereka ini dipersilakan merempat ke Negara yang menjadi idola mereka seperti Singapura, Taiwan ataupun Cina.

Dalam semangat patriotik yang cukup tinggi rakyat Malaysia menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 56 baru-baru ini, para pengkhianat  Negara pula mencetus provokasi jahat dengan mengibarkan benderadigelar Sang Saka Malaya dan bukannya Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di ibu negara pada Jumaat lepas.

Ini melibatkan soal kemerdekaan yang merupakan  perjuangan yang telah  dibuat oleh  orang  yang terdahulu untuk memastikan negara tercinta bebas daripada penjajahan. Para pengkhianat ini  telah mencabar kedaulatan negara. Tindakan mereka ini jelas mengambarkan kiblat penderhakaan mereka.  Sikap mereka yang belot terhadap Negara harus diambil tindakan.

Penglibatan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dalam agenda pengkhianatan Negara ini  harus dikenakan tindakan perlucutan kewarganegaraan dan juga perlucutan sebagai sasterawan Negara. Beliau sepatutnya tahu menilai perjuangan  tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah  berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara. Beliau perlu menghormati negara yang telah berjasa kepada beliau.

Api kemarahan  yang sentiasa cuba dicetuskan oleh pakatan pembangkang di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini seperti mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu harus dikekang.Usaha menukar bendera negara telah bermula sejak tahun lalu lagi dan berterusan dan berulang semula pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Jumaat lepas.

Akibat dari tidak memahami sejarah atau enggan memahami dan menerima sejatah telah menyebabkan  pakatan pembangkang mencabar  kedaulatan  Negara,  Disamping itu, tindakan berani pihak tertentu cuba mengibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang jelas menunjukkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa. Usaha menukar Jalur Gemilang merupakan tindakan tidak berakal kerana tiada negara di dunia ini yang menukar bendera masing-masing kerana ianya merupakan  simbol kedaulatan sesebuah negara.

Tindakan berani pemuda yang merampas bendera Sang Saka  Malaya telah  membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani mempertahankan bendera negara walaupun sedar berhadapan dengan sebilangan kumpulan tidak bertanggungjawab di kawasan itu. Ianya  memberi mesej kepada pihak tertentu supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan bendera kebanggaan rakyat dan negara.

Kementerian Dalam Negeri  harus menjalankan siasatan dan menangkap individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu serta melucutkan taraf kerakyatan mereka. Rakyat sudah tidak boleh bertolak ansur lagi dengan para pengkhianat Negara ini.

source : mykmu.net

No comments: