Seludup Abu “BANGKAI” Chin Peng- Siapa Pemimpin Pembangkang Yang Kena
Oleh rmf
Abu Bangkai Chin Peng diseludup masuk kenegara Berdaulat ini? Ideologi komunisme sememangnya telah menular dikalangan ahli politik pembangkang, Sehingga tidak dapat melakukan penilaian yang sewajarnya lagi.
Apakah mereka ingat Negara ini komunis yang punya, Semuanya salah Mat Sabu, Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin PKR didalam menaikkan ideologi revolusi , kesamarataan yang mana kesalahan semuanya diletakkan ketas bahu kerajaan.
Mereka menobatkan undang undang rakyat, mereka sentiasa mengatakan siapa juga rakyat mempunyai hak hak tanpa berlandaskan undang undang kerajaan sesabuah negara. Pada mereka adalah undang undang rakyat.
Susulan daripada penangkapan tersebut, mari kita lihat siapakah Ketua Menteri, Ahli Parlimen, Adun serta individu yang bakal dikenakan siasatan.
Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.
Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat….Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.
Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.
Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.
Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
- SUMBER
source : rmf7
No comments:
Post a Comment