NUFFNANG

Sunday 15 September 2013

PERGHH!! HOT..!!! AKHRAM SHAH MEMANG ADA "TELUR"..!!!

HOT..!!! AKHRAM SHAH MEMANG ADA "TELUR"..!!!

Sebenarnya aku tak terkejut dengan pengumuman Akhram Shah Sanusi untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang KJ. Memang dia darah pahlawan dan terkenal dengan semangat juang Melayunya...

Akhram mungkin tak kenal aku, tapi aku kenal dia. Aku kenal Akhram sebagai seorang anak muda dari golongan profesional, terpelajar, namun tebal dengan sifat kemelayuannya. Bapa kepada sebuah keluarga dan pemimpin belia yang agak lantang...

Dia pernah mencetus kontroversi suatu ketika dulu berhubung konflik dalam kepimpinan belia. Tapi semuanya dah diselesaikan dengan baik. Mungkin kerana dia seorang pemuda yang berkarekter, maka ada yang pro padanya dan ada yang "kureng" sikit... biasalah tu...


Berhubung tindakannya merebut jawatan yang disandang KJ, pada aku ia adalah satu tindakan yang tepat. Dulu ketika Mukhriz bertanding Ketua Pemuda, Akhram Shah adalah salah seorang pendokong dan penyokong kuat Mukhriz dalam team "Berani Berubah"...

Mungkin pasal sorakan "KJ rasuah! KJ rasuah" lepas keputusan pemilihan Ketua Pemuda diumumkan, maka nama Mukhriz "tenggelam" sekejap sebelum di"up" kembali oleh DS Najib. 

DS Najib lantik Mukhriz jadi Timbalan Menteri, sekaligus tenggelamkan nama KJ yang tidak diberi jawatan kabinet walaupun menang sebagai Ketua Pemuda...heh! Nasib la kan... KJ menang dengan cara yang "tercemar"... Mukhriz kalah penuh bermaruah...

Kini, aku berpendapat bahawa bukan taraf Mukhriz lagi untuk bertanding Ketua Pemuda. Level Mukhriz wajarnya ditempatkan di kedudukan sebagai calon Naib Presiden. Namun Mukhriz belum umumkan apa-apa sehingga kini...

Dan kini...Akhram tampil meneruskan perjuangan "Berani Berubah" dan cuba merebut jawatan dari "KJ rasuah! KJ rasuah!". Aku tak tahu apa misi dan visi Akhram. Mungkin dia akan umumkan dalam masa terdekat...

Terus terang aku katakan, aku salute keberanian Akhram. Menang atau kalah, itu belakang kira. Yang penting ialah niatnya yang berani merubah sifat Pemuda UMNO yang hilang taringnya berbanding di zaman kegemilangannya di zaman Datuk Senu, Datuk Harun dan sebagainya...

Masuk gelanggang, maka ia sudah membuktikan dia memang punya "telur"! Tak macam beberapa pemimpin Pemuda tu...cakap je lebih kengkadang tu...kan? Bukan nak kondem, tak semua pun macam tu...tapi segelintirnya memang begitu kan? Heh!

Selamat bertanding Akhram. Nothing to loose, bro. Bertanding bukan untuk berbalah, tapi bertanding untuk kembalikan "kelelakian" Pemuda UMNO...salah ke? Heh!

No comments: