NUFFNANG

Monday 2 September 2013

PAS dah tahu ke yang DAP Sudah Tahu PAS Tidak Akan Dominan Pakatan?

DAP Sudah Tahu PAS Tidak Akan Dominan Pakatan

AIDCNews – 02/09/13 – Grand Design DAP mahu menawan Putrajaya dengan majoriti mudah kononnya bakal memperolehi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) tidak mencapai objektif apabila Pakatan Rakyat menang 89 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Dua bulan sebelum berlakunya PRU 13, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan roketkini dengan penuh yakin melaporkan Pakatan sekurang-kurang boleh memenangi 125 kerusi, di mana PKR bakal mendapat 45 kerusi, DAP 40 kerusi dan Pas juga 40 kerusi.
Keyakinan itu selaras dengan tema, “Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!” dan pelancaran ‘patung burung ubah.’
Baju khas yang mengandungi tiga logo Pakatan seperti yang dipakai Kit Siang dalam gambar di atas melambangkan manifestasi keyakinan tersebut.
Logo disusun dari kiri PKR, DAP dan Pas adalah terjemahan ramalan kerusi yang pernah dibuat Kit Siang sebelum ini; PKR-45, DAP-40 dan Pas-40.
Namun apabila keputusan PRU 13 diumumkan pada 5 Mei, ramalan Kit Siang itu tidak tepat, PKR yang diramal mendapat kerusi terbanyak di parlimen berada di tempat kedua selepas DAP. Manakala Pas seperti diramalkan DAP kekal di belakang.
DAP berjaya mengekalkan monopoli kerusi parlimen pembangkang di Dewan Rakyat dengan majoriti 38 kerusi, daripada 51 kerusi dipertandingkan.
Kemenangan DAP melonjak 10 kerusi berbanding dengan PRU 2008 yang hanya mendapat 28 kerusi.
PKR pula memenangi 30 kerusi daripada 99 kerusi yang dipertandingkan.
Manakala, Pas pula hanya menang 21 kerusi daripada 73 kerusi dipertandingkan.
Jumlah kemenangan Pas merosot 2 kerusi berbanding dengan PRU 2008.
Ramalan Pas akan tewas dalam pertarungan dengan UMNO di kawasan luar bandar menepati analisis yang dibuat oleh badan pemikir swasta, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI).
“Dari tafsiran penyelidikan saya jika peralihan pengundi Melayu luar bandar kuat kepada Umno maka pertempuran undi Melayu luar bandar akan memihak kepada BN.
“Pilihan raya akan datang pada dasarnya akan diputuskan oleh pengundi di kawasan-kawasan luar bandar,” kata Pengarah ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Khing kepada The Malaysian Reserve.
Jika petunjuk Pilihanraya Kecil Kuala Besut diambil kira, Pas dijangka akan lebih merosot lagi pada masa akan datang, sekiranya terus kekal bersama Pakatan kerana Pas kini dilihat sebagai ‘sayap kiri Melayu’ kepada Anwar dan DAP.

source : AIDC

No comments: