NUFFNANG

Monday 2 September 2013

MELAMPAU ! THE STAR SIARKAN BERITA DYMM AGUNG & SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI MUKASURAT 20 ! @NajibRazak

MELAMPAU ! THE STAR SIARKAN BERITA DYMM AGUNG & SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI MUKASURAT 20 ! @NajibRazak

Apakah masaalahnya dengan akhbar The STAR, milik parti MCA?

Akhbar itu diragui fahaman politiknya waiau pun akhbar itu milik komponen Barisan Nasional. Yang lebih memalukan ialah sikap patriotik akhbar tersebut ketika melaporkan peristiwa bersejarah Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31hb Ogos 2013.

Malah yang hadir ialah DYMM Yang Di Pertuan Agung bersama-sama puluh ribuan rakyat tetapi The STAR hanya menyiarkan berita tersebut di muka surat 20 !!



Seperti MiM kata, apa masaalahnya dengan akhbar milik parti MCA ini?

Sepatutnya, pihak The STAR turut bersama-sama bersikap lebih patriotik dengan menyiarkan program bersejarah dan disambut setahun sekali ini di muka depan akhbar tersebut. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran DYMM Di Pertuan Agung.

Laporan Hari Merdeka Mingguan Malaysia di muka surat 1

Apakah ianya disengajakan ? Di manakah suara dan pengaruh kepimpinan MCA?

Sila baca entri ini klik sini dan di bawah :
So for STAR not to cover the national parade as main news, they are wholly wrong and to me putting us deeper into an unreturned polarization. Our merdeka is something to cherish. Tak boleh dipermainkan. They belittling our nation must be condemned. No two ways. 
Ps. The front page of a merdeka add does not is a further insult. They put there coz someone sponsors it. If not all will be on page 20 onwards. Really kurang ajar. seterusnya
Begitu juga dengan laporan The STAR tentang sambutan filem Tanda Putera di bawah :


Sila baca :
Apakah tujuan akhbar The Star menonjolkan berita tayangan filem sejarah Tanda Putera tidak mendapat sambutan di beberapa buah panggung wayang terutamanya di Pulau Pinang.

Adalah perkara biasa filem yang serius berasaskan fakta sejarah yang sebenar, tidak bersifat fantasi, sukar untuk mendapat sambutan. Ini sama sahaja dengan apa yang berlaku kepada majlis-majlis ilmu, kecuali yang bersadurkan hiburan dengan peranan utama dimainkan oleh artis-artis popular.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpileh dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara. Diantara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan.

Maka itu kita tidak harus risau dengan kos besar bagi penerbitannya dan menjadikannya sebagai suatu isu besar. Nilai Tanda Putera untuk pembenihan fahaman sebenarnya tentang sejarah negara, tentang pengkianatan dan pembangunan bangsa dan juga untuk penyuburan patriotisme adalah lebih besar dari nilai wang.

Fahaman metrialisme The Star dalam hal ini tidak seharusnya dijadikan ukuran dengan matlamat Tanda Putera. The Star tidak akan membuat cerita tentang kurang sambutan terhadap filem ini atau cuba memperkecilkan filem ini jika ia tidak menjiwai semangat dan fahaman DAP.

Munkin The Star mahu merendahkan filem ini untuk membuktikan bahawa pengharaman yang dianjurkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Guan Eng terhadap Tanda Putera telah berjaya.

Masyarakat Malaysia juga harus membuka mata ketika akhbar-akhbar media perdana lainnya membesarkan Patriotimse sambutan merdeka di Dataran Merdeka tahun ini di muka depan mereka keluaran 1 September2013, The Star membesarkan cerita lain, umpamanya bagi edisi Pulau Pinang ialah penerusan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. seterusnya
Anda baca juga artikel MiM selepas menonton filem tersebut : Klik Sini

MiM sarankan agar kepimpinan Barisan Nasional dan MCA memandang serius isu-isu berbangkit tentang akhbar The STAR. Jangan letak segala tanggungjawab kepada akhbar Utusan Malaysia sahaja.

source : Dr MiM

No comments: