NUFFNANG

Monday, 2 September 2013

Guan Eng Tuduh Filem Tanda Putera Strategi Untuk Hancurkan DAP

Guan Eng Tuduh Filem Tanda Putera Strategi Untuk Hancurkan DAP

AIDCNews – 02/09/13 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh filem Tanda Putera yang ditayangkan pawangan sekarang ini adalah strategi kedua untuk menghancurkan parti itu.
Kerajaan Barisan Nasional dituduh beliau sengaja menayangkan filem itu untuk membangkitkan isu perkauman terutamanya babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor semasa kejadian 13 Mei itu.
“Pengarah filem ini mengakui, ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa, tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman,” ujarnya.
Dakwaan Guan Eng itu dilaporkan dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 yang turut dipetik Utusan Malaysia.
Guan Eng turut mendakwa BN telah mengatur beberapa strategi untuk menghancurkan DAP setelah mendapat undi rendah daripada kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Strategi pertama dakwa Guan Eng adalah mewujudkan penentangan terhadap ketua dari dalam DAP.
Ia merujuk terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.
“Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP, tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).
““Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.
Menurutnya, serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa ‘menelan bangkai kucing’.
“DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti. Isu yang lain-lain pula, perlu diselesaikan satu persatu.
““Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini, maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk ‘menyelamatkan parti’.
Tambah beliau, langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Sementara itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman dilaporkanUtusan berkata, Guan Eng sebenarnya khuatir filem Tanda Putera akan mendedahkan fakta sebenar kepada generasi muda hari ini mengenai punca sebenar berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
“Mereka tidak mahu generasi sekarang tahu siapakah punca kejadian itu berlaku. Mereka sepatutnya tengok dahulu filem ini dan baru komen,” katanya
Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
Namun, apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia beliau telah meluluskan penayangan filem tersebut.
Filem Tanda Putera mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.
Selepas itu filem itu telah mencetuskan kontroversi selepas Guan Eng melarang tayangannya di Pulau Pinang kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.
Walau bagaimanapun, Guan Eng kemudian menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.
Mohamed Razali berkata, Guan Eng juga tidak wajar menuduh filem berkenaan mengandungi unsur-unsur fitnah dan babak sensitif memandangkan beliau belum menonton filem berkenaan.
“Belum tengok tetapi sudah kata filem ini rasis. Kalau mahu, saya boleh bawa mereka tonton filem ini. Saya baharu sahaja tengok filem ini dan bagi saya, setiap rakyat Malaysia wajib menonton filem ini terutama generasi muda,” katanya.
Share
31
Twitter
21
Email
Nuffnang Ads

5 Comments

  1. Lim Lynn
    Adakah PSM DAP PKR PAS terlalu sensitif kepada kebenaran? Lagipun si Anwar Ibrahim dah tonton filem Tanda Putera katakan sangat membosankan. Apa lagi orang cina dengan subversif elemen komunis lebih rasis dan terlalu kiasu.
  2. azahari rahman
    DAP akan dilenyapkan oleh ahlinya sendiri.
  3. Kassim Selamat
    Rumah sendiri tak tau jaga nak salah org lain. Bodoh punya pemimpin. Sbb tu di Melaka pun org tak mau dia. Dia cuma akan dpt undi di tempat majority Cina. Lim and sons terang2 RASIS. Knp takut pd bayang2 sendiri? Memang terserlah DOSA2 DAP YG SUMBANGKAN KPD PERPECAHAN KAUM. JANGAN TAKUT KALAU ANDA TIDAK BERSALAH….. TAHNIAH DAP KRN ANDA AKAN MEMBUAT ORG MELAYU SEDAR SKRG DAN AKAN MEMUSNAHKAN ANDA PARTI ANAK BERANAK YG RASIS.
  4. Benci Anwar
    Cina rasis ni tak habis2 lagi… daripada buang masa bercakap tentang filem, baik tumpukan pada pentadbiran negeri…
    Tapi, orang yang makan cili je terasa pedasnya.. he he he… nampak sangat takut hilang sokongan..
  5. itsme
    sedarlah itu ada fakta sebenar yg tdk diajar disekolah.. mulai skrg KPM harus fikirkan ini boleh dimasukkan kedlm silibus sek ren dan men..dan WAJIB di ambil.

    source : AIDC

No comments: