NUFFNANG

Monday, 2 September 2013

A Samad Terkejut Dengan Kehadiran Seorang Lelaki…?!

A Samad Terkejut Dengan Kehadiran Seorang Lelaki…












AIDCNews – 31/08/13 – Ketika Pengerusi bersama BERSIH A Samad Said sedang berucap menjelang sambutan hari kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan selamba lalu di hadapannya dan merampasbendera Sang Saka.
A Samad turut tergamam seketika melihat aksi lelaki itu.
“Ini bukan bendera Malaysia. Itu (sambil menunjukkan ke arah bendera sebenar) bendera Malaysia,” kata lelaki itu sambil mengumpal-gumpalkan bendera Sang Saka.
Sebelum itu, rakyatnews turut merakamkan aksi seorang lagi Pengerusi bersama BERSIH, Hishamudin Rais yang sedang bergambar bersama bendera Sang Saka yang menjadi pujaan kumpulannya.
Bendera Sang Saka mula menjadi isu sejak sambutan kemerdekaan tahun lepas apabila kumpulan yang propembangkang mula mempromosi satu bendera yang dinamakan Sang Saka Malaya.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Najwan Halimi mengaku sebagai pencipta bendera itu yang dibuatnya pada tahun 2007.
Selain pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan juga merupakan pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang memuja nama Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Pak Sako yang mengasaskan Parti Buroh dan DAP, dua parti sosialis telah diresapi elemen komunis sehingga tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Baca selengkapnya, sila klik di sini dan sini
Menurut pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, bendera Sang Saka bukan bendera Tanah Melayu walaupun ketika dijajah Inggeris.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya.
Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.
Share
46
Twitter
22
Email
Nuffnang Ads

12 Comments

  1. Benci Anwar
    Sayang… orang yg digelar Sasterawan Negara menjadi manusia yang tak mengenang budi. Derhaka pada tanah air sendiri.. seperti menggigit tangan yang menyuap nasi ke mulut…
    Orang seperti ini patut ditarik balik kerakyatannya.. hantar ke negara ‘pujaannya’ seperti Indonesia…
  2. melihat gelagat
    Samad said ada pemikiran tapi tak ada petunjuk. Semua orang boleh berfikir tentang berbagai perkara. tapi tanpa petunjuk ia menjadi sesat. Terpesona dengan Anwar Ibrahim yang diketahuinya dari jauh dan tidak mengetahui sisi lain yang ada pada tokoh itu. Ketajamannya berfikir sudah hilang. Kagum dengan hal-hal zahiri tanpa mendalami hal-hal batini menyebabkan Samad hilang firasat memandu jalan berfikirnya. Kesian Pak Samad yang sulka jadi hero tetapi hero yang sudah hilang nilai putik terhadap sejarah, budaya dan agama. Kembalilah sebelum terlewat. Topeng yang dipakai oleh Anwar semakin terddesak. Anwar sedang terdesak sekarang.
  3. chloe
    Design tu serupa bendera negara cina.
  4. samagreen
    Terbukti dema songsang > dan sorang pun tk berani nk membela saka.
    Ni saje caranya nk berdepan dgn puak2 songsang > gertak sikit, settle!!!
    Aku ucap SYABAS pada anak muda berbadan gempal tu… inilah anak merdeka > bebas dari pemikiran songsang.
  5. Anonymas
    Masih lagi mencari ‘Salina’ yang tak jumpa-jumpa…
  6. Amin
    Biarlah tua kita bersama iman dan taqwa.
    Jgnlah tua tapi maseh cintakan dunia yg penuh penipuan, malahan sesat lagi menyesatkan!
  7. Warisatuliman2010
    A.w.w. handai taulan. Dalam dia sibuk2 nak suruh kerajaan bersihkan sistem, dia butakan mata dan hatinya terhadap sistem pentadbiran parti idolanya pimpinan al-Munafik dan kroni2 mereka dalam parti Dogs and Pigs serta Parti Ajaran Sesat itu sendiri penuh dengan najis2 politik. Samad ni dah semakin tak siuman dan hilang hala tuju keimanan sampai tak tahu membezakan kebenaran dengan kemungkaran. Sedih melihatnya menjadi semakin nyanyuk…… insaf2lah Samad ooooi.
  8. alkhairulazizi
    saya terkejut, a samad di penghujung usia masih melaung yg bukan2 ditepi2 jalan.
  9. Lim Lynn
    Harap mereka akan bangun dari mimpi ngeri mereka lebih cepat selepas ini terjadi. Malahan, saya terdengar orang masih marah tentang kebenaran filem Tanda Putera.
  10. itsme
    biarlah tua kita nanti penuh dgn keinsafan dan menjurus kpd perkara2 yg baik shj.. kesian aku tgk si samad said ni..
  11. chloe
    :-D:-D:-D:-D gerli tgk dia. Tak kemas. Janggut berserabut mcm otaknya.
  12. anakketam
    Aku tidak berupaya melakukan apa yang sepatutny telah dibuat kerana aku OKU tetapi alangkah baik nya semalam orang tersebut juga mencabut janggut si uban

    source : AIDC

No comments: