NUFFNANG

Saturday 14 September 2013

FUCK SULTAN PERAK!!! - REJIMEN ANARKI ~ WHAT SAY YOU SKMM, PDRM AND KDN?

FUCK SULTAN PERAK!!! - REJIMEN ANARKI

Friday, September 13, 2013

Rejimen Anarki dan Rakyat Anarki merujuk kepada orang yang sama. Selain Sultan Melayu, orang ini turut menghina Nabi s.a.w, Allah Taala, agama Islam, PDRM  walaupun pada masa yang sama, meletakkan dirinya sebagai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Perbuatannya sudah berkali-kali didedahkan namun sehingga kini, belum ada sebarang tindakan mahupun usaha mengesan dan menangkapnya dilakukan oleh SKMM yang sangat bijaksana dan khabarnya sangat cekap sehinggakan minggu lepas, telah memberi amaran keras kepada pengguna-pengguna media Internet.

Sebelum ini dalam satu pendedahan, seorang lelaki bernama Mohd Nuramin Mohd Said yang beralamat di Taman Ahmad Razali, Ampang, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah RAKYAT ANARKI dan mendakwa, identitinya telah dicuri dan dia telah dianiayai menerusi identiti RAKYAT ANARKI di FACEBOOK. (BACA DI SINI)

Bagaimanapun, selepas pendedahan dan penafian tersebut, RAKYAT ANARKI tidak lagi aktif dalam FACEBOOK tetapi muncul pula REJIMEN ANARKI yang menggunakan modus operandi yang sama, bahkan struktur ayat yang digunakan juga adalah sama seperti yang seringkali digunakan oleh RAKYAT ANARKI.

Sudah terlalu lama sebenarnya perkara ini berlanjutan. Agak hairan jugalah, walaupun di Malaysia, terdapat hanya satu GATEWAY, tetapi kesukaran melakukan pengesanan oleh pihak berkuasa, kadang-kala menjadi bahan jenaka.

Setakat bertukar alamat IP menerusi proses proksi, usaha tersebut tidak akan menghapuskan alamat IP yang sebenar apatah lagi setiap komputer yang digunakan mempunyai IPnya yang tersendiri dan tidak dapat diselindungi menerusi proses proksi.

Apakah penyakit 'KENA TUNGGU LAPORAN BARU BOLEH BERTINDAK,' atau 'KAMI TAK CUKUP KAKITANGAN' turut menular dalam SKMM sehinggakan perbuatan anarki ini langsung tidak dapat dibendung.

Lebih memalukan lagi, kalau penggodam amatur boleh menggodam mana-mana akaun dengan begitu mudah, masakan sebuah entiti yang bermodal besar dan sudah tentu juga mempunyai peralatan yang teramat-amat canggih, tidak mampu melakukannya.

Tapi tak tahu lah... mungkin para penggodam SKMM hanya mempunyai dan bekerjadengan SEBIJI TABLET atau I-PAD MINI atau barangkali menggunakan telefon androiddan Blackberry untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Mungkin kerana itulah agaknya, kerja-kerja yang berkaitan dengan forensik digital peratusan kejayaannya terlalu kurang.

Cuma aneh jugalah, kalau PDRM boleh menyelesaikan kes-kes jenayah yang ada kalanya tidak mempunyai sebarang klu dan hanya mempunyai petunjuk yang terlalu kecil, mengapa pula SKMM yang merupakan sebuah suruhanjaya dan mempunyai kuasa besar, tidak mampu mengatasi masalah jenayah siber sepertimana yang dilakukan oleh REJIMEN ANARKI dan RAKYAT ANARKI.

Atau sudah sampai masanya, SKMM mengesyorkan kepada kerajaan agar mendaftar semua komputer yang ada dalam negara ini agar jenayah siber dapat dibendung dengan lebih mudah?

6 comments:

Anonymous said...
Skmm=saya suka main main.......
Anonymous said...
sibuk kira untung dan projection keuntungan. Busy semak dan upgrade tarif. Telco overcharge pelanggan walaupun servis tak sampai rumah pun McMc BUTA.
Anonymous said...
Suruh tak berjaya. masih guna window me.Tak pun bersekongkol dengan yahoo malaysia,yang menjadi proxy malaysiakini. Kalau dah country manager nya " P@%!@. kalau jumpa dia dengan ular jangan pukul ular pukul P@%!@ dulu
Anonymous said...
Masa tengah sibuk2 pasal RED BEAN ARMY,menteri di SKMM sibuk keluarkan kenyataan bahawa dalang telah dikenalpasti,tindakan akan diambil..habuk pun tak ada..pooorahhh
Anonymous said...
setakat buat laporan dekat blog macammana skmm ni nak ambil tindakan.buatlah laporan secara rasmi.aku nak tolong lapor pun aku tak de maklumat
Dks said...
Bukannya saja yg ni, ada aku tulis dlm blog aku pasal hina Sultan (Tengku Mahkota Johor) oleh org yg sama, tapi sampai la nothing happened. KDM mabuk ketum kot.....?

http://dahulukiniselamanya.blogspot.com/2013/08/lagi-penghinaan-terhadap-sultan.htm

source : the flying kick

No comments: