NUFFNANG

Saturday 14 September 2013

ANOTHER MUST READ ARTICLE ABOUT ANWAR! Anwar ‘Bermain’ Makam Ideologi Liberal Tertinggi

Anwar ‘Bermain’ Makam Ideologi Liberal Tertinggi

AIDCNews – 14/09/13 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ‘bermain’ dengan makam ideologi liberal paling tertinggi iaitu ‘Vox populi Vox Dei’, satu istilah dalam bahasa latin yang bermaksud ‘kedaultan rakyat sama dengan kedaulatan Tuhan.’
Pada 1 Januari 2009, ketika berucap dalam Program Pahlawan Nasional, Mohammad Natsir (Pak Natsir), di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi, Anwar berkata beliau meminati model idea yang dicanai Pak Natsir (Indonesia) berbanding dengan model Ikhwan Muslimin (Mesir).
Menurut Anwar, idea Pak Natsir lebih global berbanding Ikhwan Muslimin kerana ia turut mengguna pakai idea dari tokoh Barat, Henri Pirenne berkaitan dengan hak asasi manusia dan demokrasi.
Sedangkan kata Anwar, gerakan Islam sedunia lebih bersifat seragam, rigid dan kejam dengan bermodel Ikhwan Muslimin yang kurang senang dengan ide-ide Barat.
“Beliau (Pak Natsir) merupakan tokoh Islam yang cukup insklusif (terbuka) sifatnya, merangkul idea, kekuatan, mengembeling tenaga dari semua kalangan, asalkan tunduk kepada prinsip yang disebut demokraktik dan terikat dengan perlembagaan negara Indonesia.
“Insklusif Pak Natsir ini…ini satu kelainan kerana rangkaian gerakan Islam itu, secara tidak langsung menunjuk ada pola persamaan yang cukup kuat dan kejam.
“Di antara sebab mengapa..saya, Fadhil Nor, Sidek (Fadhil), Muhamad Nur Manuty, di kalngan generasi awal ABIM memilih untuk berdiri lebih kurang agak bebas dari rangkaian gerakan Islam dunia ialah kerana pengaruh Pak Natsir dan Masyumi,”kata Anwar.
Pak Natsir merujuk kepada salah seorang aktivis Parti Majelis Syuro Muslimin Indonesia atau Masyumi yang dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-5 Indonesia dari tahun 5 September 1950 – 26 April 1951 semasa negara itu masih di bawah penjajahan Belanda.
Apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 dan menubuhkan Republik Indonesia (RI), sistem Perdana Menteri dihapuskan pada 9 Julai 1959 dan diganti dengan sistem Presiden yang berasaskan prisip Pancasila.
Presiden pertama RI, Soekarno telah membubarkan Masyumi pada tahun 1960.
Dalam program memperingati Pak Natsir di KUIS itu juga Anwar kali pertama mengungkap ide ‘Vox populi Vox Dei,’ satu kalimah yang dianggap asing dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
“(Pak Natsir) di antara tokoh utama gerakan Islam yang tidak segan silu atau ‘Apologetik’ untuk mempertahankan demokrasi dan kebangsaan, walaupun hujah beliau itu tidak sama tentunya dengan ‘Vox populi Vox Dei’ maknanya kedaulatan rakyat itu sama dengan kedaultan Tuhan..”kata Anwar.
Namun di Barat, Vox populi Vox Dei merupakan makam tertinggi untuk perjuangan demokrasi, liberal dan kebebasan. Rujuk tulisan James K dan David Streater.
Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar bercakap dalam program NED (National Endowment for Democracy) di New York, beliau turut menyentuh tentang Vox populi Vox Dei.
Seorang peserta John Peter bertanya apakah bahan bacaan paling sesuai untuk diterjemahkan untuk membolehkan demokrasi berkembang di di dunia Islam.
“Saya telah mencadangkan kepada NED untuk menyokong usaha menterjemahkan karya agung oleh Tocqueville (Alexis de Tocqueville) atau Jefferson (Thomas Jefferson), apabila Muslim membaca buku ini…kebimbangan terhadap Vox populi Vox Dei..isu ini perlu diketahui oleh dunia Islam.
“Awak (NED) perlu menyedari (bahawa) kami tidak mempunyai kebebasan media, kecuali di Indonesia dan Turki dan beberapa negara lain yang terhad.
“Jadi, perbincangannya disekat oleh pemerintah dan pemerintah di negara tersebut tidak menyokong usaha ke arah ini.
“Ia perlu dipengaruhi dari luar, tetapi kaedahnya tidak boleh dilaksanakan dengan kasar, paksa atau imperalistik,”kata Anwar.
Setahun sebelum itu, pada tahun 2004, badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh Khalid Jaafar telah menterjemahkan buku kontroversi yang dinamakan “Islam dan Dasar Pemerintahan”
Buku “Islam dan Dasar Pemerintahan” adalah terjemahan daripada buku asal bertajuk “Al-Islam wa usul Al-Hukm” yang ditulis oleh Syeikh Ali Abd al-Raziq, Hakim Mahkamah Syariah, di Mansourah, Mesir.
Setelah penerbitan buku itu pada tahun 1925, penulis dan bukunya telah dikritik hebat oleh para ulama Mesir kerana idea yang dilontarkan di dalamnya bercanggah dengan Islam.
Jawatankuasa Badan Kibar Ulama al-Azhar, yang dianggotai 24 ulama kanan al-Azhar pada 12 Ogos 1925, bersidang dan membicarakan penulis dan kandungan bukunya dan keputusannya melucutkan jawatan Ali Abd al-Raziq sebagai Hakim Mahkamah Syariah dan gelaran sebagai Syeikh di al-Azhar ditarik balik kerana menilai penulis sebagai sesat serta buku itu serta merta diharamkan.
Khalid Jaafar dalam kata pengantar buku bertajuk “Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan” mempertahankan Ali Abd al-Raziq.
“Ruang debat yang menolak sistem khalifah atau negara Islam yang dipelopori oleh Ali Abd. Raziq mesti dibuka kepada rakyat Malaysia untuk diperdebatkan. Tidak perlu ditutup ruang perdebatan itu”, rumus Khalid Jaafar.
Khalid juga menggunakan model kebebasan Amerika Syarikat, di mana ahli pemikir Perancis, Alexis de Tocqueville berpendapat bahawa bangsa Amerika merupakan bangsa yang paling kuat beragama, meskipun negara itu mengamalkan konsep sekular/demokrasi. Baca selanjutnya klik di sini
Selepas penerbitan pertama itu, IKD semakin rancak menerbitkan buku-buku yang difatwakan sesat untuk sajian umat Islam di Malaysia sehingga ia menjadi satu isu dalam pertemuan tertutup di rumah Prof Osman Bakar pada 2 Januari 2011. Baca selanjutnya, sila klik di sini.
source : AIDC

Apa Motif Tersembunyi Badan Pemikir Anwar Terbitkan Buku Difatwakan Sesat ?

AIDCNews – 21/01/11 – Isu ini mula diperkatakan sejak penerbitan buku “Islam dan Dasar Pemerintahan” 0leh badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 2004, tetapi sehingga ke hari ini, tiada jawapan yang memuaskan daripada pihak penerbit ataupun Ketua Umum PKR itu sendiri.
Malah 2 Januari lalu, isu ini masih lagi diperkatakan, Anwar disoal secara terbuka oleh bekas-bekas aktivis ABIM dalam pertemuan tertutup di rumah Prof Osman Bakar itu.
Buku Islam dan Pluralisme
Dalam pertemuan itu, Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM ke-6 membangkitkan isu buku “Islam dan Pluralisme” yang ditulis oleh penulis IKD, Al Mustaqeem Mahmood Radhi dan diterbitkan oleh MEGC (Middle Eastern Graduate Centre), sebuah badan yang dianggap anak syarikat kepada IKD. Klik di sini
Penaja utama yang membiayai buku-buku IKD adalah penaja yang sama dengan pembiayaan buku-buku MEGC iaitu sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang dinamakan Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Konrad Adenauer Stiftung (KAS).
Buku “Islam dan Pluralisme” yang diterbitkan 2006 itu merupakan salah satu buku yang diharamkan oleh KDN pada tahun 2008, kerana didapati fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam. Klik di sini
Buku itu dimulai dengan kata pendahuluan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi itu merupakan kompilasi tulisan-tulisan daripada tokoh-tokoh pemikir Islam Liberal seluruh dunia iaitu Suratno, Nurcholish Madjid, Asghar Ali Engineer, Reza Shah-Kazemi, John Hick dan Hans Kung
Dalam kata pendahuluan Al-Mustaqeem yang bertajuk “Bercakap tentang Pluraliti: Aku Manusia vs Aku Muslim” penulis menjadikan tokoh Jalaluddin al Rumi sebagai asas tuntutan mempercayai pluralisme agama. Asas pegangan ini sama seperti yang dipegang oleh Anwar Ibrahim semasa berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.
Tetapi usaha menobatkan Jalaluddin al Rumi sebagai Bapa Pluralisme Agama disanggah oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) yang mengatakan simbolik ‘cahaya’ yang digunakan dalam syair al Rumi telah disalah tafsir oleh golongan pluralis, walhal penyair sufi berbicara kerangka Islam, tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Klik di sini
Al Mustaqeem Mahmood Radhi (kiri) dan Fathi Aris Omar(kanan), aktivis Pencerahan dari Jalan Telawi
Al-Mustaqeem Penterjemah Pemikiran Anwar
Hampir kesemua pegangan Al-Mustaqeem yang dicatatkan dalam pendahuluan buku itu hampir sama dengan pegangan Anwar yang berucap di LSE.
Misalnya persoalan perbezaan di antara semangat toleransi yang termaktub dalam perlembagaan sebagai kebebasan beragama dengan pluralisme agama.
Kebebasan beragama atau semangat toleransi beragama merupakan bentuk pemisahan antara agama-agama seperti yang dipraktikkan sekarang. Masing-masing agama berhak mendakwa memiliki kebenaran dan mereka diharmonikan dengan semangat toleransi.
Manakala pluralisme agama adalah bentuk baru yang berusaha mempersatukan kesemua agama menjadi satu agama berasaskan nilai-nilai universal. Tiada pihak yang boleh mendakwa agama mereka memiliki kebenaran dan yang lain palsu kerana menurut ajaran baru ini, semua agama adalah sama taraf.
Di LSE, Anwar berkata, “pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama.
“Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar)”. Klik di sini.
Dalam buku “Islam dan Pluralisme” pula, Al-Mustaqeem berpegang bahawa ” Dalam keadaan dunia yang genting hari ini, dengan hubungan antara penganut-penganut (tidak kira penganut agama, mazhab aqidah atau penganut mazhab feqh) yang semakin tegang, bahkan saranan toleransi pun tidak lagi memadai.
“Ini pernah disuarakan oleh sebahagian mereka yang bergiat dalam dialog antara agama di Indonesia, lama sebelum kejadian 9/11…Toleransi tak kelihatan berfungsi, kala tuntutan isteri dan keluarga Moorthy, yang berkongsi pertalian darah-daging dan kekeluargaan, bertembung dengan sentimen ‘majoriti’. Klik di sini
“Faham ini (pluralisme agama) pada dasarnya bertitik tolak daripada sikap ingin melihat persoalan dari sikap ingin melihat persoalan – dalam konteks kejamakan (pluralisme) agama – dari sudut pandang kemanusiaan(Humanisme), ‘aku manusia’ terlebih dahulu sebelum melihat persoalan dari sudut pandang (agama)‘aku muslim’ (atau aku Kristian, Yahudi, Buddha dsb).
“Sikap ini, ada waktu terjelma dalam pertanyaan, seperti yang dicatat Maulana Abul Kalam Azad dalam autobiografinya, ‘India Wins Freedom’ : Kalau agama menzahirkan kebenaran universal, kenapa harus ada banyak perbalahan dan konflik antara manusia yang menganut agama berlainan ? Mengapa harus setiap agama mendakwa ia satu-satunya pemilik kebenaran dan mengutuk yang lain sebagai palsu ?”
AIDCNews sebelum ini telah mendedahkan bahawa penulis IKD, Al Mustaqeem, yang menyusun dan menerbitkan buku itu adalah peminum arak, sejak menganut fahaman pluralisme agama tersebut. Klik di sini
Hubungan Anwar Dengan Penulis-Penulis Buku Islam & Pluralisme
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah lulusan Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Mu’tah, Jordan yang merupakan salah seorang penulis badan pemikir Anwar, IKD, editor di majalah Siasah dan Jalantelawi.com (juga terbitan IKD). Jalantelawi.com turut menyebarkan pemikiran dan buku Anwar seperti “Gelombang Kebangkitan Asia”. [Klik di sini]
Kemasukan Al-Mustaqeem menjadi salah seorang panel penting dalam IKD sejak badan pemikir itu diterajui oleh bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar. Pernah menjadi wartawan akhbar Berita Keadilan, organ tabloid Parti Keadilan yang Anwar merupakan penasihat umumnya. Klik di sini dan di sini
Suratno, Ketua Jabatan Falsafah dan Agama Universiti Paramadina, Jakarta, Indonesia. Mendapat PhD di Goethe-Universiti Frankfurt, Jerman. Bersama-sama Anwar Ibrahim dalam kursus Program Kepimpinan Muda Asian Renaissance, anjuran IKD dengan kerjasama the Sasakawa Peace Foundation, Japan (The Nippon Foundation) di Kenyir Lake Resort, Kenyir, Terengganu pada 21-26th Januari 2007. Klik di sini dan di sini dan di sini
Pada Ogos 2010, anak Anwar, Nurul Izzah dan bekas pegawai khas Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad dihantar khas ke Universiti Paramadina untuk perbincangan lanjut berkenaan strategi mengembangkan fahaman pluralisme Agama ke Malaysia, di samping mempelajari teknik kaderisasi HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) yang menggunakan jenama Islam untuk mengembangkan sekularalisme.
Dalam lawatan itu, Nurul Izzah dan Nik Nazmi telah berbincang dengan Anies Baswedan PhD (Rektor Paramadina), Yenny Wahid (anak Almarhum Gus Dur), dan M. Chozin Amirullah (Ketua Umum Pengurus Besar HMI) Klik di sinidi sini dan di sini
Nurcholish Madjid, Pengasas Universiti Paramadina, Indonesia yang mendapat kedoktoran ‘pengajian Islam’ di bawah seliaan Fazlur Rahman dan Leonard Binder, dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat. Berkenalan dengan Anwar sejak dari tahun 1967, ketika Anwar mewakili PKPIM menghadiri latihan perkaderan anjuran HMI di Pekalongan, Jawa Tengah. Ketika itu Nurcholish atau lebih dikenali Cak Nur adalah Ketua HMI. Klik di sini dan di sini
John Sidel, seorang saintis politik dari United Kingdom merumuskan peranan dan perwatakan Anwar Ibrahim adalah sama seperti Nurcholish Madjid, pengasas Islam Liberal Indonesia.
John Sidel inilah yang menjadi pengerusi majlis ketika Anwar menyampaikan ucapan kontroversi bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di LSE (The London School of Economics and Political Science), 18 Mac 2010. Klik di sini dan di sini di sini dan di sini di sini
Petikan dari buku "Api Islam: Nurcholish Madjid; Jalan Hidup Seorang Visioner" oleh Ahmad Gaus Af
Asghar Ali Engineer, tokoh Islam Liberal dan Pluralisme India yang menjadi pengasas Centre for Study of Society and Secularism (CSSS). Pakar rujuk kumpulan feminisme. Pernah membenarkan pernikahan pasangan Islam yang dilaksanakan oleh seorang kadi wanita dengan empat wanita sebagai saksi di India. Pada 16 Mei 2008, Anwar telah dijemput oleh Asghar Ali untuk memberi syarahan di CSSS. Klik di sini
Asghar Ali Engineer (kiri) bersama Gus Dur
Bekas konsultan IKD yang merupakan penganut aliran pluralisme ajaran Seyyed Hossein Nasr, Martin Lings dan Frithjof Schuon. Sebagai konsultan, beliau banyak mempengaruhi polisi IKD ke arah mengembangkan pluralisme agama, umpamanya program Islam dan Confucianism, Jose Rizal dan Rabindranath Tagore. Sekarang beliau merupakan penyelidik di the Institute of Ismaili Studies, sebuah organisasi berpengkalan di United Kingdom. Klik di sinidi sinidi sini dan di sini
Professor John Harwood Hick atau John Hick adalah Bapa Pluralisme Agama Eropah yang mengikuti jejak Immanuel Kant dan John Locke. Ajaran John Hick adalah semua agama adalah benar dan tidak ada satu agama pun boleh mendakwa hanya agama mereka yang benar, manakala agama lain tidak benar.
Menurut Dr. Anis Malik Thoha, pluralisme agama ‘lahir dari rahim demokrasi’ yang memperjuangkan lima ciri iaitu persamaan Equality (persamaan), Liberalisme (kebebasan), Relativisme (Keputusan yang dibuat berdasarkan kepada pandangan individu atau keadaan semasa), Reduksionisme (Urusan agama disempitkan menjadi hanya urusan peribadi) dan Eksklusivisme (sikap yang menganggap bahwa hanya pandangan kelompok dan agamanya saja yang paling benar, sedangkan kelompok yang lain dianggap salah, sesat,dan tidak dapat menjadi jalan keselamatan). Klik di sini
Anwar sendiri semasa pertemuan tertutup di rumah Prof Osman Bakar mengakui teks ucapannya di LSE adalah saduran daripada pemikiran John Hick.
Prof Dr Hans Kung, merupakan Presiden Global Ethics Foundation dan juga penggerak utama bidang dialog antara tamadun.
Nama Hans Kung popular di Malaysia pada tahun 2005, apabila Shahbudin Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINP) mendedahkan penglibatan KAF dan IKD dalam usaha menghidupkan Interfaith Council (IFC) melalui program Projek Global Ethic di Pulau Pinang. Klik di sini
Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia dalam interbiunya di akhbar The Sun mengesahkan penglibatan Hans Kung dan Projek Global Ethic, hubungan KAF dengan Anwar dan usaha KAF dalam menggalakkan IFC di Malaysia. Klik di sini dan di sini
Dalam Program The Parliament of World’s Religions (Parlimen Agama Dunia), di Melbourne 2009, nama Anwar Ibrahim adalah salah seorang penceramah sebaris dengan Hans Kung dan para paderi serta rabbi dari seluruh dunia. Klik di sini
Menurut Sutisna.Com, aliran Islam Liberal merupakan salah satu aliran sesat yang sedang giat berkembang di Indonesia. Klik di sini
Para Pendokong Pluralisme Kecam Pengharaman Buku
Al-Mustaqeem tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan mengharamkan bukunya itu. Dalam kenyataan medianya bertarikh 5 Februari 2008, dia mempertahankan bukunya itu untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka, kebebasan bersuara (freedom of expression) dan kebebasan berfikir khususnya membahaskan semula keputusan fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan pluralisme, liberalisme dan sekularisme. Klik di sini
Stephen Schwartz salah seorang penulis buku yang bertajuk “The Two Faces of Islam: Saudi Fundamentalism and Its Role in Terrorism” yang turut diharamkan bersama buku “Islam dan Pluralisme” itu telah melancarkan kempen di seluruh dunia mengecam pengharaman bukunya itu bersama 10 buah buku lain.
“Saya menyeru kepada semua Muslim moderat dan mereka yang bersimpati dengan Islam moderat, serta kepada semua penyokong kebebasan bersuara (freedom of expression), untuk melakukan protes terhadap kerajaan Malaysia atas keputusan absurdnya”, kata Schwartz yang juga merupakan Pengarah Eksekutif The Center for Islamic Pluralism (CIP), sebuah organisasi pluralisme yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Klik di sini dan di sini
Seperti yang diduga, Anwar sememangnya mengetahui tentang penerbitan buku tersebut. Apabila ditanya oleh pengunjungnya yang bernama Sapere Aude berkenaan pengharaman 11 buku oleh KKDN, termasuk buku Islam & Pluralisme terbitan MEGC, Anwar menjawab; “Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat ‘sapere aude’ dan lazzatul makrifah, ghairah atau berahi dengan ilmu. Secara tuntas, ini menuntut kesediaan berwacana berdasarkan tradisi ilmiah, bukan sikap bebal, pantas menghukum atau mengharam karya dengan sewenangnya”. [Klik di sini]
Begitu juga dengan ahli-ahli kelab penyokong Anwar yang lebih dikenali AIC (AnwarIbrahimClub) yang mendapat latihan daripada KAS dan FNS (Frederich Naumman Stiftung atau Frederich Naumman Foundation) seperti Najwan Halimi [klik di sini], Hidayat Saifudin [klik di sini] turut menyokong pandangan Anwar itu.
Jadi apa permainan Anwar yang sebenarnya…..
Akan datang …Apa Motif Tersembunyi Badan Pemikir Anwar Terbitkan Buku Difatwakan Sesat II ?

source : AIDC

No comments: