NUFFNANG

Friday 13 September 2013

FAKTA DALAM RENCANA UTUSAN ADALAH TIDAK TEPAT : KENAPA KAMI SOKONG TINDAKAN TUANKU SULTAN JOHOR .

DYMM Tuanku Sultan Johor Mahu Taman Laut Sultan Iskandar Dipelihara Dengan Baik...


FAKTA DALAM RENCANA UTUSAN ADALAH TIDAK TEPAT : KENAPA KAMI SOKONG TINDAKAN TUANKU SULTAN JOHOR .


SUMBER ARTIKEL YANG MEMPERTAHANKAN TITAH TUANKU SULTAN JOHOR.

Artikel yang disiarkan oleh Utusan Online bertajuk "Perairan Johor Kini Hanya Boleh Dinikmati Penyelam Kaya Sahaja" tidak menjelaskan tujuan sebenar Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk bertitah menetapkan kadar sebanyak RM200 yuran menyelam [diving] di Taman Laut Sultan Iskandar [TLSI].


Malah tajuk seperti diatas dengan menyiarkan sesalinan surat pekeliling seolah olah menggambarkan Tuanku Sultan hanya mahu membeza-bezakan kasta dan tidak berlaku adil....

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan pulau-pulau  seperti Pulau Aur telah dicemari oleh pengunjung penggemar aktiviti menyelam begitulah juga 'divers', dimana tingkah laku mereka tidak bertanggungjawab....

Kebanyakan 'divers' yang berkunjung ke Taman Laut Sultan Iskandar [TLSI] tidak displin dan ada sikap mahu menjaga kebersihan. Sebagai contoh, hampir 500 orang 'divers' yang menjadi tetamu TLSI setiap hujung minggu. Mereka datang semestinya untuk kegiatan menyelam dan berhibur. Kehadiran mereka disana turut sama membawa segala macam jenis makanan dan keperluan mereka.

Cuba kita kaji, kalau seorang 'diver' membawa seberat 2 kg bahan makanan didarab dengan 500 orang, jadi jumlahnya adalah sekitar 1,000 kg bahan makanan yang dibawa ke TLSI. Seandainya 10% daripadanya adalah sampah, maka akan terdapat lebih 100kg bahan buangan, kemana agaknya sampah-sampah ini dibuang oleh pengelola Resort...?

Kebanyakan bot bot yang membawa 'divers' ini langsung tidak menghiraukan tataetika dilaut. Contohnya, mereka sesuka hati melabuhkan sauh dan selalunya akan merosakan batu karang (coral) dimana kita sedia maklum Coral ini bukan boleh terjadi dalam tempoh satu hari.... Ianya mengambil masa puluhan atau ratusan tahun untuk dijadikan. Kita seharusnya menghargai khazanah laut.

Bot bot yang digunakan untuk berlayar di perairan pulau adalah tidak mengikuti specs yang sepatutnya. Contohnya dari segi saiz, kekuatan enjin, kebersihan, penumpahan minyak dan sebagainya. Ini amat berbeza sekali dengan beberapa taman laut di Sabah dimana syarat syarat disana jauh lebuh tegas.

Pemandu bot-bot di sekitar TSLI juga tidak lansung menghiraukan kebersihan laut dimana mereka didapati membuang sisa makanan atau minuman mereka kedalam laut dan mereka juga membuang puntung rokok kedalam laut.

Mengikut rekod caj sebelum ini untuk aktiviti menyelam [diving] di TLSI adalah daripada RM4 - RM7 sahaja. Iya, ianya sangat murah tetapi telah dikenal pasti ujudnya masalah kegagalan menjaga kebersihan TSLI yang sangat serius oleh "divers" !

Oleh itu, caj kini dinaikan kepada RM200.  Apakah tujuan kenaikan mendadak ini...? Ianya sebagai langkah untuk memberikan kesedaran kepada 'divers' yang berkunjung di TSLI memastikan mereka yang benar benar arif dan tahu menilai khazanah semulajadi negara sahaja yang akan diberikan peluang kesana.....

Bayangkan di Sipadan Island Sabah, caj diving yang dikenakan adalah diantara RM280-RM400 bagi setiap "divers" dan Sipadan hanyalah dikunjungi oleh mereka yang tahu menilai khazanah negara sahaja dan bukanya mereka yang hanya tahu berhibur tetapi tidak tahu menghargai nilai khazanah semulajadi negara kita.

Kenaikan caj ini juga akan menampung kos operasi TLSI dari segi Opex dan Capexnya. TLSI akan menempatkan lebih ramai penguatkuasa laut untuk memastikan kualiti pulau peranginan ini akan di hargai pengunjung dan akan berjaya menarik lebih ramai pengunjung yang berhemah dan berdisplin.

Sudah tiba masanya kita memberikan tumpuan serius terhadap enakmen laut sepertimana yang telah  dilaksanakan di beberapa Taman Laut di Malaysia. Sehubungan dengan itu, DYMM Sultan Johor telah menitahkan agar enakmen baru Taman Laut dilaksanakan bagi melindungi khazanah semulajadi laut negeri Johor untuk masa depan anak cucu rakyat Johor.....

No comments: