NUFFNANG

Sunday, 1 September 2013

Baru Aku Tau Kenapa Guan Eng Paranoid Dengan Tanda Putra..!

Baru Aku Tau Kenapa Guan Eng Paranoid Dengan Tanda Putra..!

Baru Aku Tau Kenapa Guan Eng Paranoid Dengan Tanda Putra..!

1.Sebelum ini Pisau pernah dijemput sendiri oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk menonton preview Tanda Putera tahun lepas..namun tidak berkesempatan..Alhamdulilah kelmarin bersama rakan rakan blogger Pisau dijemput oleh Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Saudara Cikgu Zaidi untuk bersama sama menonton filem kontroversi ini di pawagam Cheah Cineplex MegaMall Prai. Yang amat menghairankan kenapa pemimpin DAP bermati matian mengutuk filem ini sedangkan mereka sendiri tidak pernah menonton.
2.Apa yang Pisau dapat tafsirkan melalui tindakan Lim Guan Eng dan kalangan chauvanis ultrakiasu rasis DAP tak lebih kepada paranoid dan takut kepada bayang bayang sendiri.
3.Filem ini tak lebih kepada menceritakan persahabatan 2 pemimpin negara Tun Razak dan Tun Dr Ismail yang bersusah payah membina negara dalam keadaan negara dirosakkan oleh anasir seperti DAP Komunis Bandar yang menghasut,menghina dan membunuh beberapa pemimpin penting negara pada waktu itu.
4. Tanda Putera sebenarnya tidak menekankan peristiwa 13 Mei,Ia hanya sepintas lalu dan naratifnya mengambarkan betapa masyarakat berbilang kaum pada waktu itu saling bantu membantu. Melayu tolong cina,cina tolong melayu .Nilai persahabatan kasih sayang diantara 3 kaum  Melayu India dan cina turut dipaparkan. Kenapa nilai murni ini langsung disebut oleh Guan Eng dan DAP?
20130901-152935.jpg
5. Payah jerih 2 pemimpin negara membangunkan dan angkat negara ini agar keluar dari permasaalahan yang sebenar . Di sinilah penonton dibawa bagaikan kapsul masa menyelami bagaimana pada ketika itu dasar dasar kerajaan yang kita dinikmati sekarang bermulanya dari idea 2 pemimpin ini.
6. Tun Razak dan di realisasikan oleh Tun Dr Ismail mewujudkan Petronas,MAS,DEB pada waktu itu. Ini adalah sebahagian jasa mereka yang semua orang di Malaysia nikmati sekarang.
7. Tun Razak juga pertama kali membuat hubungan diplomatik dengan negara China bertujuan agar negara komunis itu tidak menyokong perjuangan PKM dan akhirnya PKM berjuang tanpa diberi bantuan oleh negara China.
8. Pisau faham kenapa DAP tidak mahu rakyat tonton Tanda Putera,ini kerana dosa mereka pada 13 Mei cukup besar malah jasa pemimpin Umno pada waktu itu cukup besar nilainya.  Sejarah tidak boleh dipadam,realitinya ribuan yang mati akibat rusuhan kaum berpunca dari DAP sendiri yang angkuh dan cukup kurang ajar.
9. Jika anda berpeluang menonton Tanda Putera,anda bandingkan situasi politik negara pada masa sekarang,realitinya kita diasak dengan cukup hebat tak ubah seperti pasca 13 Mei 1969. Tanda tanda kearah itu sudah wujud didepan mata .
10. Anda akan dapat jawapan selepas menonton Tanda Putera kenapa ultrakiasu chauvanis rasis Lim Guan Eng dan DAP cukup takut dan paranoid apabila filem ini disiarkan di pawagam diseluruh negara.

Pisau kata “  baru aku faham DAP tu komunis yang masuk bandar hasut bangsa cina..”

source : pisau.net

No comments: