NUFFNANG

Thursday 5 September 2013

ALAHAI SN PAK A SAMAD SAID....kesiannnnn....A.SAMAD SAID - 'TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI'.

A.SAMAD SAID - 'TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI'.

Disaat rakyat jelata dipohon lebih cintakan negara, disaat itu juga 
Si Tua Kutuk ini diperkudakan untuk membenci negara



Akhirnya A.Samad Said aka Pak Jenglot ditahan pihak polis pada tengah malam beberapa hari lepas. Maka riuhlah pihak pembangkang menempelak polis yang kononnya tidak berperikemanusiaan. Anu arr pertikaikan kepada penahanannya ditengah malam? Soalnya kemana pula dia pergi pada siang hari? Bahkan pihak polis telahpun menawarkan agar Jenglot itu menyerah diri, tetapi kenapa diabaikan?

Pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk merperlekehkan tindakan pihak polis. Rata-rata pemimpin pembangkang menghentam pihak polis. Bahkan Anu arr mendesak Zahid Hamidi memohon maaf atas tindakan pihak polis itu. (Baca Sini)

Hakikatnya adalah pembangkang ingin meperlihatkan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak langsung berwibawa. Sama ada agensi-agensi kerajaannya bahkan menteri-menterinya sendiri. Justeru kita ingin melihat semua para menteri agar komited dengan segala apa yang dilakukan, itupun setelah dipertimbangkan dengan hati-hati. Kita tidak ingin melihat ada menteri yang meludah dan menjilatnya kembali, tidak juga inginkan menteri yang mengucup keris dan memohon maaf.

Kerajaan sudah menangi PRU13 sama ada dengan sokongan semua atau tidak, sama ada dengan 2/3 atau tidak, kerajaan sudah diberikan mandat dan kuasanya. Tidak ada hati siapa atau kaum mana-mana lagi yang patut dijagai kerana menjelang PRU14 nanti yang hitam hatinya akan tetap hitam juga.

Dalam kes A. Samad Said, kita boleh hormati beliau sebagai seorang Sastrawan Negara, kita juga boleh mengasihani beliau untuk tidak bertindak terlalu keras terhadapnya sebagai seorang 'Jenglot Tua Kutuk Tak sedar Diri', namun tindak tegas tetap perlu diambil agar tidak dijadikan contoh dan ibarat dikemudian hari.

Kita 'tabik' kepada Zahid Hamidi atas ketegasan tindakan beliau selama ini. Pemimpin begini yang kita ingini dalam membantu DS Najib menerajui bahtera dalam melayari zaman. Pemimpin yang sentiasa tegas namun berhemah. Akhirnya kita teringat dan rindui zaman pentadbiran Tun Mahathir.

source : braveheart

No comments: