NUFFNANG

Wednesday, 5 August 2009

Apakah strategi PAS Selangor kecam Ronnie Liu ? "Gugur Ronnie sebelum rakyat gugur Pakatan" - Zulkifli Nordin

Pas Selangor Kecam Ronnie Liu



++video setakat ini sahaja++





......................................................................


Ronnie Liu : PAS sengaja sabotaj

Dinilai 1.0 oleh seorang [?]

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu menyifatkan isu arak di negeri itu sengaja ditimbulkan bagi mensabotaj kredibiliti beliau dan menghina integritinya dalam menjalankan tugas pengurusan kerajaan tempatan.

Ronnie Liu juga menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway baru-baru ini.

"Saya tak tahu mengenai perkara ini, ia tidak seperti itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam reaksi segera berhubung desakan PAS Selangor supaya kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ditukar dan digantikan.

Malah PAS Selangor juga mencadangkan agar Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

PAS Selangor mendakwa gesaan mereka itu berikutan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini yang menimbulkan masalah.

Khamis lalu, Ronnie Liu juga mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini setelah merampasnya dalam satu operasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ronnie Liu berkata, sebagai seorang exco beliau mempunyai hak untuk mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Tidak ada PBT yang lebih besar kedudukannya daripada seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," katanya.

sumber - mstar

.........................................................................................................

Apakah strategi PAS Selangor kecam Ronnie Liu ?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Adakah benar segala kekalutan dan permasalahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini adalah disebabkan kerajaan Selangor tidak mendapat keredhaan dan keberkatan? Mereka wujud hanya lebih kepada niat untuk membela seorang tokoh yang belum tentu bersih dari sudut pandangan islam. Mungkin segala yang berlaku ini adalah petunjuk dari pencipta kepada umatnya di Selangor.

Apa sebenarnya motif Dr. Hassan Ali mengarahkan Menteri Besar Selangor Khalid gagap melucutkan jawatan Ronie Liu selaku exco yang menjaga PBT. Adakah benar ia merupakan sandiwara PAS untuk menunjukkan mereka begitu prihatin dengan kebajikan umat islam seperti yang didakwa beberapa pihak.

Ataupun ini merupakan peluang terbaik Dr. Hassan Ali menunjukkan kebenarannya kepada seteru dalam PAS Selangor, kerana umum mengetahui Khalid Samad dan kumpulannya kerap kali menyindir kumpulan Hassan Ali sebagai tali barut UMNO kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan pimpinan PKR dan DAP Selangor.

Mungkin masa ini difikirkan ruang yang tepat difikirkan kepada kumpulan Hassan Ali untuk menunjukkan belang mereka kepada DAP yang dikatakan banyak menyisihkan peranan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Sehingga saat ini Hassan Ali, Roslan Sms bekas pembantu Haji hadi Awang masih dilabel sebagai golongan pro muzakarah. Malah Roslan dalam laman blognya secara sinis mengkritik Dr Lolo dalam isu sebat seorang model di Kuantan, dan pelakuan Nizar sewaktu menghadiri majlis memperingati Teoh Beng Hock di Ipoh.

Berikutan kenyaaan terbuka Hassan Ali tersebut, beberapa tokoh PAS mengatakan is adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti PAS. Adakah benar ini adalah kenyataan peribadi sedangkan Hassan Ali merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan bertindak sebagai exco yang menjaga hal ehwal orang melayu dan Islam di Selangor.

Namun ada beberapa pandangan menyatakan kenyataan Dr. Hassan itu semacam dirancang untuk menunjukkan ketegasan PAS dalam soal maruah umat Islam. Kerana mereka mengetahui dalam tempoh terdekat ini PAS akan menghadapi pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir. Hujah ini ada asasnya kerana dalam tempoh kebelakangan ini, pengundi Melayu seakan kecewa dengan peranan yang dimainkan PAS dalam menjaga hak dan kedudukan orang Melayu. Buktinya undi untuk PAS begitu merosot dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan begitu juga dengan undi orang Melayu kepada PAS di Bukit Gantang.

Sewaktu tempoh berkempen di Manek Urai dilaporkan wujud juga pergeseran antara PAS dan DAP di negeri kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi. Sehingga membawa kepada keluarnya DAP kedah dari Pakatan Rakyat Kedah, namun isu itu akhirnya selesai apabila pilihanraya tamat.

Menjawab teguran Dr. Hassan Ali, Ronie Liu dilaporkan mengatakan ia merupakan cubaan PAS Selangor untuk mensabotaj kredibiliti beliau dan menghina integritinya dalam menjalankan tugas pengurusan kerajaan tempatan. Malah Ronnie Liu juga menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway baru-baru ini, katanya seperti dilaporkan oleh Mstar.

Jika ini diambil sebagai contoh, adakah krisis antara DAP dan PAS Selangor juga merupakan lakonan semata-mata kedua parti tersebut kerana pilihanraya.

Jika sebegitu senario, adakah kerumitan dan pelbagai masalah di Selangor kini akan dapat diselesaikan dengan lakonan pakatan rakyat tersebut? sedangkan kerumitan dan kekalutan di Selangor kini kian parah walaupun Anwar seringkali mengatakan ia adalah ciptaan UMNO BN untuk meruntuhkan kerajaan negeri Selangor. Namun rakyat tau bahawa kehangatan di Selangor kini bukanlah rekaan namun realliti untuk dihadapi rakyat Selangor.

sumber - tomyampoktek

..............................

"Gugur Ronnie sebelum rakyat gugur Pakatan" - Zulkifli Nordin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin mendesak agar Ronnie Liu dari DAP meletakkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ekoran desakan pelbagai pihak termasuk yang terbaru komponen Pakatan Rakyat PAS semalam.

Wakil rakyat PKR itu yang lazimnya lantang mengkritik menyifatkan Ronnie Liu sebagai "satu liabiliti" kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan Datuk Dr. Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) supaya Ronnie Liu segera meletakkan jawatan.

"Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," kata beliau dalam blognya.

Zulkifli menambah, sekiranya Ronnie Liu enggan meletakkan jawatan beliau mahu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil langkah segera menggugurkannya daripada barisan Exco Kerajaan Selangor sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Dr. Hasan lagi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Draf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

"Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga," katanya.

Dalam tulisannya, Zulkifli menambah, belum pun reda isu Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru.

"Desakan Azmin dipercayai kerana terdapat persepsi di kalangan masyarakat umum khususnya di kalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!

"Hari ini (semalam) Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum," katanya.

Beliau menambah, Hasan secara khusus merujuk kepada tindakan Ronnie Liu yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. "Kenyataan terbuka Hasan Ali itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa MBSA dan Majlis Perbandaran Subang Jaya memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

"Baru-baru ini Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

"Akibat kenyataan itu, Ronnie Liu telah membidas Wee walaupun Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco," kata beliau sambil menambah, "Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007."

sumber - mstar

------------------------------


No comments: