NUFFNANG

Friday, 21 August 2009

Gobind salah "contempt of court"?.. Surat Layang Kepada Inkues – ‘Modus Operandi’ Biasa Anwar?

UNSPIN: Gobind salah "contempt of court"?


Kenapa ditutup letterhead


Siapa penandatangan surat?


Timingnya cantik dan perfect. Hari Rabu petang Gobind menyerahkan surat misteri sebelum Inkues akan ditayangkan sesi video soalsiasat SPRM dengan Teoh Beng Hock. Jiak video ini ditayangkan, segala fitnah dan tomahan DAP akan terjawab. Tiada kekasaran berlaku dan Teoh kelihatan bekerjasama.

Untuk mengelakkan sentiman beralih menentang mereka, Gobind mengeluarkan surat misteri. Media dan mereka yang mengikuti akan tertanya-tanya apa yang terkandung dalam surat misteri tersebut. Tatakala itu Malaysia Today menyiarkan satu surat yang mana letterhead sudah ditutup dan ditandatangani oleh Pegawai-Pegawai SPRM.

Dalam surat itu, kononnya mantan Menteri Besar Dr Khir Toyo bersekongkol dengan pegawai SPRM untuk kenakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Keluar juga cerita ada pegawai yang tabiatnya suka menarik tolak talipinggang.

Adakah surat ini asli dan bukan dibuat-buat? Sesiapa boleh tulis diatas computer dan cetak surat sedemikian. Malah sesiapa saja boleh meniru satu letterhead. Bolehkah percaya surat yang tidak ditandatangai oleh sesiapa? Ini bukan seperti blog anonymous tetapi kononnya satu dokumen untuk menguatkan sesuatu tuduhan.

Cerita yang dibuat dalam surat ini pun tidak ada yang unexpected. Semua bagai boleh dijangka kerana selari dengan pertuduhan mereka. Hingga kini MT telah mengeluarkan pelbagai dokumen yang kesahihan tidak dapat ditentukan. Semuanya ditutup bahagian tertentu yang penting.

Baiklah.

Adakah surat yang disiarkan oleh Raja Petra sama dan isi kandung yang sama dengan surat misteri Gobind? Kerana mahkamah Inkues telah arahakan disiasat konspirasi yang tertulis dalam surat itu. Adakah konspirasi itu melibatkan Khir Toyo dan pegawai SPRM?

Apa sekali pun, jika ada persamaan surat atau isi kandung surat misteri dengan surat yang dipaparkan di MT, maka Gobind sudah melakukan kesalahan menghina mahkamah.

No comments: