NUFFNANG

Thursday, 27 August 2009

INILAH WAJAH YANG PIJAK GAMBAR MAHATHIR 15-20 TAHUN LEPAS

INILAH WAJAH YANG PIJAK GAMBAR MAHATHIR 15-20 TAHUN LEPAS


Sudah dua hari saya tidak melayari internet kerana berada berada di tempat yang agak susah mendapat liputan.

Masa yang ada pada hari ini saya gunakan sebaik mungkin untuk melawat blog yang mana sempat dicapai.

Apabila melawat blog yang dikendalikan oleh topeng perak,saya tertarik dengan gambar diatas. Saya cukup mengenali dua wajah diatas daripada saya kecil dan juga orang dalam gambar itu kecil lagi.

Apa hubungan kami tidak perlu saya nyatakan disini. Cukup saya beritahu,dua wajah diatas memanggil saya dengan gelaran abang.

Apa yang saya hendak beritahu disini ialah, wajah-wajah diatas inilah yang diajar oleh PAS di Taski mereka 15-20 tahun yang lalu untuk memijak gambar Dr.Mahathir dan bendera UMNO serta Dacing. Mereka ini diajar cukup-cukup oleh PAS untuk membenci kerajaan. Saya terlebih tahu perkara ini,kerana saya mengenali mereka berdua sejak kecil lagi.

Hasilnya, hari ini PAS telah pun menikmati pelaburan yang mereka buat berpuluh tahun yang lalu. BN, nak tunggu apa lagi ? Bermula esok,mungkin BN boleh arahkan semua pelajar tadika kemas dan sekolah-sekolah untuk memijak gambar Nik Aziz dan bendera PAS setiap pagi selepas perhimpunan. Insyaallah, BN akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang 15-20 tahun akan datang. Kalau PAS boleh buat,mengapa BN tidak boleh buat. Jika kita ingin ke 'syurga' kita harus ikut amalan yang diajar serta dibuat oleh PAS.

Kepada dua wajah diatas,abang memohon maaf jika kamu berdua terasa hati dengan tindakan abang ini. Nanti,hari raya kita jumpa ya. Buat biskut banyak-banyak.

Kepada topeng perak,minta maaf. Saya cilok gambar anda sekeping.

No comments: