NUFFNANG

Sunday 30 August 2009

Gunakan ISA terhadap pihak terlibat: Rodziah

Gunakan ISA terhadap pihak terlibat: Rodziah

SHAH ALAM – Pihak yang terlibat: dalam perarakan membawa kepala lembu ke Bangunan Setiusaha Kerjajaan (SUK) sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Exco Selangor, Rodziah Ismail, akta berkenaan diwujudkan untuk menghalang sebarang aktiviti yang menjurus kepada ketegangan perkauman di negara ini seperti mana yang dilakukan 50 penduduk kelmarin.

“Saya sarankan agar kerajaan tangkap sahaja pihak-pihak yang terlibat bagi menunjukkan tidak ada ‘double standard’ diamalkan,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula (PKKKS) di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, tindakan mengarak kepala lembu adalah keterlaluan kerana ia merupakan simbol kesucian Hindu.

Selain itu katanya, majoriti pihak yang menyertai perarakan dan bantahan berkenaan terdiri daripada ahli UMNO dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya merupakan penduduk Seksyen 23.

“Tidak ada ahli Pas mahupun PKR yang terlibat menyertai bantahan berkenaan tetapi majoriti daripada mereka merupakan ahli UMNO.

“Betulkah majoriti penduduk Seksyen 23 membantah pembinaan kuil berkenaan atau terdapat pihak lain yang sengaja memperbesarkan isu ini,” katanya.

Katanya, sebarang keputusan hanya akan diambil selepas majlis perbincangan bersama penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini.

“Anjakan 300 meter dari tapak asal kuil berkenaan hanyalah antara cadangan mengatasi masalah ini. Keputusan akan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk pada 5 September ini,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: