KHALID IBRAHIM KENA SEBIJIK....
“Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini.”
Demikian titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dengan tegas menolak cadangan menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.
Kenyataan baginda itu bagaikan satu tumbukan mengenai muka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.
“Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata’ala,” titah Baginda.
Mana Khalid nak tunjuk muka? Ternyata Sultan telah murka. Bersahabat baik lagi dengan puak kafir harbi yang tidak tahu atauran dan peraturan mengenai Islam. Kerana terlalu mengikut kata gangster dalam pakatan Selangor, sampaikan terlupa bahawa urusan agama Islam adalah tanggungjawab Sultan.
Walaupun Nik Aziz kata kita tak boleh marah kepada DAP kerana mereka tidak tahu Islam, apakah Khalid juga boleh dikategorikan sebagai orang yang tidak tahu dan tidak faham ajaran Islam, sama semacam dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Ngeh Koo Ham, Nga Koh Meng, Ronnie Liu dan lain-lain yang sewaktu dengannya?
Mungkin pada pertimbangan Khalid dan rakan-rakannya dari DAP, Raja dan Sultan tidak ada hak dalam urusan pentadbiran negeri. Mereka dan suara rakyat lebih berkuasa. Konon mereka adalah suara kepada majoriti rakyat di negeri berkenaan.
Nampak saja di mana ada duit, mata mereka jadi merah dan bagaikan harimau lapar terus menerkam tanpa mengira apa jenis mangsanya.
Mereka yang jahil dari segi pentadbiran tidak sedar malah tidak faham apa peranan Sultan dan Majlis Agama Islam sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan Negara. Semuanya mereka langgar secara ‘membujur lalu, melintang patah’.
Agaknya kantong kerajaan Selangor dah kering kerana terlalu banyak melaksanakan projek yang diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan melalui wakil rakyat. Bila duit dan habis dan puak gangster DAP Selangor masih berasa belum cukup menyapu wang yang ada, maka mereka
Nasib le orang Selangor. Apa nak buat. Negeri yang dahulunya terkenal kaya raya kini dah jatuh miskin kerana tabung habis dikorek oleh gangster dari DAP.
Tak cukup dengan hasil negeri yang melimpah ruah, wang zakat orang Islam pun mereka nak sapu semacam.
Sanasinigitugini: Semoga rakyat Selangor, terutamanya orang Melayu/Islam sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling anda dan mengembalikan kerajaan negeri kepada Umno/BN. Seburuk-buruk Umno ada timbang rasanya. Sejahat-jahat Umno masih tahu membezakan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara
ISU ARAK SELANGOR : DAP Menang, PAS Minggirrrrr....
DRAF cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.
Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.
Inilah keputusan yang dihasilkan setelah MB Selangor berjumpa dengan ‘orang atas-atas’nya sebagaimana yang dijanjikannya sebelum ini. Siapa yang dimaksudkan orang ‘atas-atas’ itu entahlah. Tetapi rakyat mungkin ramai yang menduga sudah tentu orang yang dimaksudkan Khalid itu adalah AnuWar Abraham, Lim Kit Siang dan Hadi Awang serta Nik Aziz.
Tiga orang Melayu/Islam yang tunduk serta akur dengan kehendak politik kafir harbi.
Kalau begitulah keputusannya, tiga ekor Melayu/Islam itu kalah kepada kehendak kafir harbi yang sekor. Mungkin AnuWar, Hadi dan Nik Aziz diugut oleh DAP untuk keluar pakatan jika Ronnie Liu diambil tindakan kerana isu arak yang dianggap isu kecil lagi terpencil. Melayu ‘gila kuasa’ mana tahan kena ugut. Kalau DAP keluar hancurlah Pakatan Haram dan hilanglah sumbangan daripada puak Kongsi Gelap.
Maka dibuatlah keputusan sepertimana larangan merokok. Pada kotak rokok ditulis ‘merokok membahayakan kesihatan’ dan diprintkan gambar-gambar penyakit akibat merokok. Selain itu dicetak juga amaran ‘dilarang jual kepada orang di bawah umur 18 tahun’. Ianya terpulang kepada kesedaran penjual untuk menjual atau tidak kepada mereka yang dilarang.
Bagi diselarikan dengan keputusan baru itu, maka Pas Selangor yang di ketuai Hassan Ali mengarahkan anak buahnya supaya mengedarkan risalah melarang dan menggesa orang Islam supaya menjauhi arak. Kempen melarang meminum minuman keras kononnya. Selama ini orang Islam Selangor tidak tahu arak itu hukumnya haram di sisi Islam.
Bantahan Hassan Ali dan Pas Selangor yang pada awalnya ‘berdegar-degar’ tak jadi apa. Sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’ untuk ahli dan penyokong yang mula kendur sokongan mereka terhadap parti itu.
Tepatlah seperti kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Chik bahawa semua yang dibuat oleh pemimpin Pas Selangor itu sekadar lakonan dan ‘wayang tongkoi’ sahaja. Nak tunjukkan Pas Selangor prihatin dalam isu yang menghina Islam dan hukum-hakamnya.
Kini Hassan Ali kembali masuk ke guanya untuk bertapa entah berapa lama. Beliau bertapa untuk menanti apa pulak keputusan MB Selangor dan kepimpinan pusat Pas keatasnya sebagaimana yang dituntut oleh DAP – supaya beliau diambil tindakan desiplin.
Kesimpulannya, DAP menang dan PAS minggir dengan permainan politik parti kongsi gelap kerana takut hilang kuasa dan takut menerima kekalahan teruk di PRK Permatang Pasir yang bakal menjelma. Lim Kit Siang tersenyum riang dan Ronnie Liu tersenyum sinis.
Kongsi Gelap akan bertambah giat menambah kekayaan untuk membeli hartanah berharga di Selangor. Melayu akan beransur-ansur lari meninggalkan Bandaraya aman Shah Alam yang diilhamkan sebagai Bandaraya Melayu pertama di Malaysia.
Shah Alam akan jadi seperti Puchong, Damansara, Seri Kembangan dan lain-lain bandar sebagai tambahan kepada Petaling Street di Bandaraya Kuala Lumpur.
Tak lama lagi Shah Alam akan bertukar wajah menjadi Bandaraya Syurga pemabuk, pusat pelacuran warga China, pusat perjudian cyber cafe dan macam-macam lagi pusat maksiat. Dan perniagaan kongsi gelap pun akan bertambah maju dengan bertambahnya peluang membuka pelbagai pusat maksiat di Shah Alam.
Para pelajar di UiTM yang tinggal di situ bebas memilih apa yang mereka minati berdasarkan “self regulation”.
Sanasinigitugini: Masih tertanya-tanya adakah wabak ‘selesema babi’ yang serius melanda negara kita sekarang ini adalah bala dari Allah swt. kerana hamba yang diangkatNya men jadi pemimpin ummah telah menyeleweng dari tanggungjawab kerana kemarukkan kuasa.
BETUL-BETUL? ATAU COBAAAAAN....!!!!
SEBAGAIMANA tertempel di blog RBF, Mesyuarat Mingguan Exco Selangor, Rabu 5 Ogos, jadi medan pertikaman lidah. Kata-mengata dan perli-memperli tercetus tanpa dapat dikawal buat seketika, hinggakan ada di kalangan Exco yang menghentak meja.
Dato’ Hassan Ali bersama Iskandar bertikam lidah dengan Ronnie Liu, manakala Dr.Halimah Ali pula dengan Teresa Kok. Exco dari Pas bertengkar dengan Exco dari DAP dan PKR.
Ugut mengugut juga dikatakan berlaku. Ada yang mengancam untuk menarik diri dari Pakatan. Dato’ Hassan Ali mencadangkan agar DUN Selangor dibubarkan.... jika tidak PAS akan menarik diri daripada Pakatan. Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar menjerit tanda membantah. Semua Exco PAS menyokong pendirian Hassan Ali.
Khalid yang terkejut dan tidak dapat mengawal keadaan buat seketika, mengeluarkan arahan supaya semua Exco menutup mulut berhubung dengan kes Ronnie Liu sehingga Jumaat ini. Tujuannya agar beliau dapat berjumpa dengan 'orang-orang' diatas beliau terlebih dulu, sebelum sebarang arahan dan keputusan dikeluarkan.
Majlis Pimpinan Pakatan peringkat pusat dikatakan akan bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan pergolakan di Selangor itu.
Sementara PAS Selangor juga akan bermesyuarat dengan segera bagi membincangkan perkara sama.
Berita atau perkhabaran ini menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang berpendapat semua itu hanya ‘wayang tongkoi’ mainan pembangkang bagi mengekalkan sokongan ahli dan penyokong kepada parti masing-masing.
Ada pula yang berpendapat, percakaran antara Pas dengan DAP dan PKR di Selangor sekarang benar-benar berlaku dengan sendiri dan ianya menunggu masa untuk berderai menjadi abu.
Memang isu ini mengelirukan sesiapa yang mengikuti perkembangan politik dalaman Pakatan Pembangkang di Selangor.
Manakan tidak, berita mengenai gesaan Hassan Ali supaya portfolio Ronnie Liu diberikan kepada Exco lain atau diambil sahaja oleh MB, disokong oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dari PKR, Zulkifli Noordin dalam tempelan di blognya.
Kepada beliau, Ronnie Liu adalah ‘satu liabiliti’ (beban) kepada kerajaan Pakatan di Selangor. Justeru, beliau mengambil pendekatan bersetuju dengan desakan Hassan Ali supaya Ronnie Liu segera meletakkan jawatan.
Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali supaya berhenti berlakon seolah-olah beliau ‘Menteri Besar UMNO’.
Menurut Phua, kenyataan Hassan mengkritik tindakan Ronnie yang menjalankan tugas tidak seharusnya berlaku, malah bertentangan dengan semangat PR. Tambahnya, tindakan PBT melaksanakan rampasan seperti itu tiada dalam bidang kuasa mereka ataupun atas arahan akta Islam di negeri ini.
Kesimpulannya, kalau isu ini benar-benar terjadi kerana pergeseran kepentingan parti-parti dalam kerajaan Pakatan Kongsi Gelap Selangor, mampukah Anwar Ibrahim sekali lagi menonjolkan dirinya sebagai pendamai atau ketua yang benar-benar dihormati dalam pakatan itu?
Dan kalau berjaya, apakah kredibiliti Hassan Ali dan partinya – Pas, akan tercalar sebagai pemimpin dan parti yang lemah dan tunduk dengan tekanan kaum bukan Melayu/Islam?
Sama-sama kita semua tunggukan apa kesudahan episod drama mereka kali ini. Betul-betul atau cobaaaaaan.....
Sanasinigitugini: Yakin betul dan yakin kerajaan Pakatan Kongsi Gelap Selangor akan menyembah bumi.
source : sanasinigitugini.blogspot.com
No comments:
Post a Comment