NUFFNANG

Saturday 29 August 2009

500 penduduk TTDI Jaya tentang jual arak

500 penduduk TTDI Jaya tentang jual arak

SHAH ALAM 28 Ogos - Kira-kira 500 penduduk Taman TTDI Jaya di sini hari ini berkumpul menyuarakan bantahan terhadap penjualan arak secara berleluasa dan terbuka di kawasan perumahan mereka.

Bantahan secara aman itu diikuti dengan penyerahan memorandum yang mengandungi 1,245 tandatangan penduduk taman perumahan itu kepada pengusaha dua kedai serbaneka dan sebuah pasar mini yang menjual arak di kawasan tersebut.

Difahamkan, salinan memorandum itu akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat- adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.

Menurut Iman Besar Masjid Al-I'tisam Taman TTDI Jaya, Husni Zaim Mohamadan, 28, bantahan itu dilakukan kerana pihaknya bimbang apabila menerima aduan daripada penduduk yang nampak remaja Islam membeli arak secara terbuka di ketiga-tiga premis perniagaan tersebut tanpa segan silu.


source : utusan.com.my/utusan

No comments: