NUFFNANG

Friday, 28 August 2009

Bantahan Pembinaan Kuil Di Kawasan 100% Melayu Shah Alam

Bantahan Pembinaan Kuil Di Kawasan 100% Melayu Shah Alam

Posted On 8/27/2009 09:17:00 PM by megat |

Pisau mendapat email daripada rakyat prihatin,mengajak penduduk shah alam dan seluruh umat Islam tidak kira dari fahaman politik mana pun agar turun memberi sokongan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan 100% orang islam dan jaraknya tidak sampai 200 meter dari masjid.

Perjumpaan bersama para penduduk seksyen 23 dan pihak media malam ini (Selasa, 25 Ogos 2009), jam 9.30malam untuk membincangkan tentang perkara di atas bertempat di Surau Al-Jannah, Seksyen 23.

Suatu demonstrasi aman akan dilakukan selepas solat Jumaat pada hari Jumaat ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan SUK Selangor.

Pada asalnya, sebuah kuil akan didirikan di seksyen 19 Shah Alam yang kemudiannya bertukar ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu.

YB Khalid Samad, YB Rodziah Ismail dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan membutakan mata atas isu ini. Mengapa? Mungkinkah mereka adalah dalang-dalang disebalik isu ini?

Bukankah kuil ini lebih sesuai ditempatkan di Seksyen 22 yang merupakan kawasan perindustrian yang jauh daripada penempatan umum? Mengapa pihak pemerintahan tertinggi negeri tidah berbuat demikian?

Diharapkan rakan-rakan media dan bloggers dapat sama-sama membantu menyuarakan ketidakpuashatian penduduk Seksyen 23 agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Dikepilkan bersama salinan surat dari Gabungan Badan NGO Malaysia.


- www.pisau.net

kzso - mana pergi nya exco yang menjaga kepentingan melayu, islam di selangor..takkan nak tunduk pada kafiriiin..

No comments: