NUFFNANG

Tuesday, 18 August 2009

BLOG: Lakunan Tiga Sekawan – Lim, Ronnie dan Wong

BLOG: Lakunan Tiga Sekawan – Lim, Ronnie dan Wong


DAP tertekan apabila Wong Chun How ditahan SPRM sebagai suspek. ‘Drama’ komedia dilakunkan untuk dilihat sebagai mangsa ddan menagih simpati.

Agak lama dahulu, RTM pernah menyiarkan satu siri komedi televisyen Tionghua yang popular bernama Tiga Sekawan. Episod siri ini banyak memaparkan kehidupan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan dalam sebuah komuniti Tionghua Malaysia.

Ada ungkapan Inggeris menyentuh mengenai realiti meniru seni. Nama siri itu nampaknya ditiru ke dunia realiti tetapi tidak mesej-mesej baik. Itu yang berlaku pada pagi Jumaat baru-baru ini apabila SPRM menahan Wong Chuan How, seorang suspek dalam penyiasatan salahlaku penyaluran peruntukan ADUN yang berleluasa di Selangor.

Drama yang dilakunkan ada adalah contoh buruk untuk mementaskan fitnah dan pembohongan untuk mencetuskan kemarahan berbau perkauman. Lim Kit Siang menuduh SPRM sebagai Gestapo. Ronnie Liu mereka motif terhadap SPRM. Suspek Wong Chuan How pula melakunkan drama dicederakan. Yang lucu, ianya semua pembohongan yang tidak lojik.


Lihat susunan gambar (dari kiri ke kanan dan atas ke bawah) yang menunjukkan rentetatan peristiwa yang dikatakan Lim Kit Siang sebagai suatu kekasaran ala Gestapo. SPRM telah datang dengan cara baik dan memberitahu Wong ditahan sebagai suspek. Peguamnya ada di sebelahnya. Semasa diiring keluar, kelihatan Wong meronta-ronta hingga akhirnya dia terjatuh. Bila jatuh, dia berpura-pura seolah-olah cedera.

Bagi mereka yang tidak mengikuti, Wong Chuan How adalah pembantu Ronnie Liu yang kononnya menguruskan peruntukkan ADUN untuk kawasan DUN Sg Pelik yang ADUN dipilih adalah dari BN. Dia telah didedahkan oleh blog t4tbh sebagai penerima lebih 80 projek kemasyarakatan. Kini dia merupakan suspek yang menerima jumlah lebig 230 projek-projek dari peruntukkan pelbagai ADUN.

Yang anihnya, peruntukkan ADUN diurus oleh Pejabat Daerah dan khusus bagi Sungai Pelek adalah Pejabat Daerah Sepang. Walaupun tidak boleh dilakukan, Ronnie boleh bertegas mahukan Pejabat Daerah menulis cek atas nama Wong.

Pada Jumaat lepas, The Star telah melaporkan tanpa menyebut nama bahawa Wong telah hilang dan tidak boleh dihubungi. Sepanjang minggu ini, The Malay Mail telah memberi perhatian kepada Wong yang langsung tidak boleh dihubungi. Ronnie menafikan Wong telah melari dan menghilangkan diri. Akhirnya, Ronnie mengatur untuk Wong menemui SPRM untuk soalsiasat pada hari Jumaat di pejabat DAP Sg Pelik.

Setelah hampir dua minggu cuba melarikan diri dari disiasat, SPRM sudah tentu menganggap Wong sebagai suspek dan mungkin sekali sudah mencukupi bukti untuk menahannya sebagai suspek.

alam drama komedi ala Tiga Sekawan ini, Wong telah cuba meronta dari memasuki kereta SPRM untuk melarikan diri hingga terjatuh. Bila jatuh, dia berlakun seolah kakinya cedera. Gambar jelas menunjukkan demikian dan kecederaannya hanyalah sedikit (lihat gambar bawah).


Ronnie menuduh SPRM menipu dengan mengatakan Wong akan disiasat sebagai saksi. Dia berhelah undang-undang tidak menetapkan di mana soal siasat boleh dilakukan. Apa pula nak berjanji dengan seorang yang menghilangkan diri selama dua minggu dan cuba melarikan diri dari undang-undang? Ini semua terpulang kepada budi bicara SPRM.

Selain itu, Ronnie turut menuntut dari Pengarah SPRM memberi jaminan keselamatan Wong. Apa gila ‘komunis’ ini menuntut jaminan? Negara berdaulat yang sudah ada undang-undang tidak perlu ada jaminan peribadi dan khusus.

Bolehkah Ronnie pula memberi jaminan nyawa Wong terselamat?

Maklumlah apabila disiasat sebagai suspek, Wong boleh terluah apa yang Ronnie tidak mahu diketahui oleh pihak berkuasa. Pasti kongsi gelap tidak akan senang duduk jika Wong membuat pengakuan yang membabitkan mereka.

Pihak DAP melalui peguam mereka nak berhelah berkata pihak SPRM tidak ada hak untuk menahan dan tidak mengikut prosedur untuk menahan Wong. Mana satu yang mereka nak tuduh? Tiada hak menahan atau tidak mengikut prosedur?

Wong ditahan dengan diberi notis di bawah seksyen yang khusus Sekseyn 53(3) Akta SPRM 2009, satu undang-undang yang diwartakan. DAP bersama BN mengundi menyokong rang undang-undang ini yang diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di Parlimen. SPRM menguatkuasa undang-undang mengikut prosudur yang telah ditetapkan.

Lim Kit Siang membuat sidang akhbar dan menuduh SPRM bersikap seperti Gestapo. Gestapo melakukan kekerasan tanpa atau melampau peruntukkan undang-undang.

Pasti ada peruntukkan undang-undang dan prosedur yang dipersetujui penasihat undang-undang kerajaan sebagai sesuai untuk SPRM memberkas seorang suspek dan memaksanya dibawa ke pejabat SPRM?

Bolehkah Lim Kit Siang tunjukkan peruntukkan undang-undang mana yang memberi hak kepada suspek untuk merempuh dan cuba meronta melarikan diri? Pasti tiada. Jika demikian, maknanya yang Wong berkelakuan sebagai Gestapo dalam menggunakan kekerasan tanpa kuasa undang-undang.

Kalau SPRM dituduh Gestapo, kenapa dibenarkan Wong untuk membuat laporan polis dan mendapat rawatan di Hospital Serdang?

Alah jangan tidak biasa., Lim Kit Siang sudah meluahkan ribuan ungkapan-ungkapan menuduh dan melabel sesuka hati pihak kerajaan sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam politik.

Apa yang jelas menunggu bersuluh adalah dengan Wong ditahan sebagai suspek, DAP sudah menggelupur ketakutan. Mereka tahu ini akan merosakkan nama DAP selama-lamanya.

DAP begitu kerap menuduh BN melakukan rasuah tetapi dalam hanya setahun memerintah negeri Selangor, mereka sudah melakukan salah laku rasuah. Kalau BN dituduh mengambil peratusan komisyen, DAP ambil 100% menggunakan nama projek dan syarikat palsu!

Sumber: MyKMU

No comments: