NUFFNANG

Monday 24 August 2009

NIZAR HANJIN! KENAPA MAKIN RAMAI MELAYU TINGGALKAN PKR!

NIZAR HANJIN! KENAPA MAKIN RAMAI MELAYU TINGGALKAN PKR!

DUA hari lagi menjelangnya hari mengundi di Permatang Pasir, ADUN Lunas, Mohd. Rodzhi Salleh pulak buat hal. Beliau umum keluar parti (PKR) untuk jadi ADUN Bebas. Mohd. Rodzhi ni adalah satu-satunya wakil Melayu dalam PKR Kedah yang menang pada PRU 2008 lalu. Dari lima ADUN PKR di Kedah, tiga Cina, satu Melayu dan satu India.

Maknanya, kalau Rodzhi jadi ADUN bebas sudah tentu tempatnya sebagai Exco akan diganti oleh ADUN lain. Dan kalau ikutkan kuota PKR yang ada tiga Exco, maka Exco PKR dalam kerajaan negeri Kedah ialah dua Cina dan satu India. Tak adalah wakil orang Melayu dari PKR.

Bagus sangat le tu. Parti pelbagai kaum yang diasaskan oleh Pengkhianat Bangsa Melayu – Anwar Ibrahim, kini terbukti ianya mula dikuasai oleh kaum bukan Melayu. Semakin hampirlah PKR akan jadi macam Gerakan. Asalnya dikuasai oleh Melayu, kerana muka Melayu diperlukan untuk tubuh parti, akhirnya cha-ya-nun-alif yang kuasai parti itu hingga sekarang. Melayu dok tengok dan putih mata. Ada le sekoq dua depa dok bagi jawatan-jawatan yang tak penting.

Menurut yang diberitakan, tindakan YB Mohd. Rodzhi itu terpaksa dilakukan kerana 200 ahli PKR serta 14 AJK Bahagian Padang Serai, dimana terletaknya DUN Lunas telah keluar parti dan meletakkan jawatan. Sebab mereka letak jawatan dan bubarkan parti peringkat bahagian adalah kerana tidak berpuas hati dengan dasar perjuangan PKR sekarang yang mereka anggap jauh tersasar dari perjuangan asal penubuhannya.

YB Mohd Rodzhi juga diberitakan mengumumkan keputusannya menjadi ADUN bebas yang menyokong BN serta kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Wallahhualam. Begitulah cerita politik yang berlaku dalam PKR sekarang. Sentiasa hebat dan menarik perhatian rakyat. Kalau di awal penubuhannya dulu ia juga nampak gah dan hebat hingga mampu menggerunkan parti-parti lawan, kini setelah dapat kuasa dan mampu memerintah di Selangor, lain pulak ceritanya.

Walaupun masih hebat tetapi skandalnya pulak yang hebat dengan kisah salahguna kuasa, rasuah dan pelbagai cerita buruk yang dulu tak pernah terfikir oleh penyokongnya boleh berlaku dalam PKR.

Seperkara yang agak pelik dengan berita pembubaran PKR Bahagian Padang Serai ialah mengenai bilangan ahlinya yang keluar meninggalkan parti. Mereka ialah 14 AJK Bahagian dan 200 ahli. Sedikitnya ahli? Takkah kerana 200 orang keluar parti, bahagian boleh tutup? Kalau begitu tak seramai manalah ahli PKR bahagian berkenaan. Mungkin yang keluar itu hanyalah ahli dari kaum Melayu sahaja. Biarkanlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri.

Perlu diingat bahawa Ahli Parlimen Padang Serai ialah N. Gobalakrishnan. MP PKR yang buat kecoh semasa penamaan calon PRK DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Adakah apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen mereka itu sedikit sebanyak menambah punca mereka keluar parti? Hanya mereka yang tahu dan hanya mereka juga yang boleh menjawabnya.

Apapun, semasa penamaan calon MP PKR (kerling) buat kecoh provoke polis kini, menjelang dua hari lagi hari mengundi, ahli dan ADUN PKR (Melayu) pula bertindak mencemarkan kradebiliti pakatan haram pembangkang. Balas membalas nampaknya antara orang Melayu dengan bukan Melayu.

Yang menjadi persoalan utama sekarang ialah siapakah ADUN dari PKR yang akan menggantikan YB Mohd Rodzhi? Dan yang pasti ianya bukan wakil Melayu. Bila Rodzhi keluar PKR, ADUN yang tinggal mewakili parti itu di Kedah adalah tiga wakil kaum Cina dan seorang wakil kaum India. Seorang wakil Cina dan seorang wajil India dah jadi Exco. Yang tinggal ialah dua orang ADUN Cina.

Nasib orang Melayu Kedah le....

Sanasinigitugini: Terkenangkan tindakan ahli Umno peringkat awal 58 tahun lalu yang sanggup menolak Dato’Onn Jaafar – pengasas Umno, semata-mata kerana tokoh itu mahu membuka keahlian Umno kepada kaum bukan Melayu. Ternyata tindakan mereka betul dan pandangan jauh mereka tepat. Kalaulah kaum bukan Melayu dibenar jadi ahli Umno pada tahun 1951 dahulu, sudah tentu Umno akan jadi seperti PKR sekarang atau Gerakan. Mungkin juga nama Umno kini membawa maksud United Malaysian National Organization.

Sumber: Sana Sini Gitu Gini!

No comments: