Jawapan YB Khalid Samad Mengenai Pembinaan Kuil
Ahli Parlimen Shah Alam hari ini telah menjawab berkenaan isu kuil di Seksyen 23 yang disiarkan di dalam blognya, di sini. Izinkan saya menjawab dan mengulas apa yang diperkatakan oleh beliau dalam usaha untuk mempertahankan tindakan sahabat karibnya, Dr A Xavier.
Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.YB Khalid, kerajaan terdahulu sudahpun memperuntukkan sebidang tanah di Seksyen 22 untuk pemindahan kuil tersebut. Selepas Kerajaan Pakatan Haram memerintah perkara yang sebaliknya berlaku . Ini adalah kerana desakan daripada beberapa penganut Agama Hindu yang tidak mahukan kuil tersebut dipindahkan ke Seksyen 22 disebabkan kawasan berkenaan terpencil dan tidak berpenghuni. Oleh itu dengan jasa baik Dr A Xavier serta sokongan kuat YB Khalid dan YB Rodziah telah merencanakan perancangan jahat untuk memindahkannya ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Melayu.
Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.Pembeli-pembeli di Taman Ixora di Seksyen 23 sememangnya menyedari bahawa kami membeli rumah berdekatan dengan tapak industri. Ya kami akui. Apa yang YB tidak faham dan pura-pura tidak faham sekiranya kami tahu bahawa ada pembinaan kuil yang terbesar di Shah Alam yang akan dibina di tapak berseluas 20, ooo meter persegi ini, adakah ada orang Melayu yang akan membeli perumahan tersebut? Apa yang YB tidak sebut adalah kedudukan kuil itu hanyalah 150 meter dari rumah orang beragama Islam, berhadapan taman permainan dan 200 meter jaraknya dari surau. Ini penghinaan namanya. Apa salahnya pembinaan kilang di situ. Kami tidak bantah. Kami hanya bantah pembinaan kuil. Susah sangatkah nak faham?
YB Khalid mengakui bahawa ini adalah tanah industri bukan? Bukankah tanah industri sekiranya ingin ditukarkan ke tanah komersial memerlukan pendengaran awam atau "public hearing". Adakah ianya dilakukan? Kenapakah YB tiada telor untuk memberitahu penduduk-penduduk di situ bahawa pembinaan kuil akan dibina di situ. Berapakah kerugian PKNS yang terpaksa ditanggung akibat dari penukaran tanah perindustrian ini atau adakah ada pihak yang mendapat labanya? Kenapakah surat bantahan penduduk tidak dijawab oleh YB Khalid dan YB Rodziah selama ini sehingga kami terpaksa membuat demontrasi, menghantar bantahan serta memanggil pihak akhbar?
Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?
Ini adalah kerana kami tahu YB loyar buruk seperti YB Khalid dan YB Rodziah pastinya akan memainkan isu perkauman dan isu UMNO. Ingin saya ingatan kepada YB, semasa demontrasi awam yang kami jalankan di Seksyen 23, orang UMNO beragama Islam turun, orang Pas beragama Islam turun dan orang PKR yang beragama Islam turut turun. Penduduk Melayu Islam tidak kira fahaman politik turun memberikan sokongan kepada bantahan ini tanpa mengira sentimen parti.
Kesimpulannya, kami bukan menentang pembinaan kuil untuk masyarakat India Hindu untuk beribadat. Kami harapkan kuil yang terpaksa dipindahkan dari Seksyen 19 itu ditempatkan di Seksyen 22 sepertimana yang telah dijanjikan dan diperuntukkan tanah pembinaan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu dan janganlah YB Khalid membiarkan telur YB dipegang oleh YB Dr A Xavier. Kalau YB Dr A Xavier boleh mempertahankan kaum minorotinya dalam kes ini, kenapa tidak YB Khalid?
source : khairulryezal.blogspot.com
1 comment:
what Nik Aziz told about the opposition is true. In ISLAM they respect all religion.The one whom commented in negatively are malays not ISLAM.SO the state goverment is doing the right thing.
Post a Comment