BERULANG LAGI DRAMA ALA-ZAID IBRAHIM?
MEMANG MENGECEWAKAN!
Penjawat awam dibayar dengan duit daripada cukai rakyat. Namun apabila penjawat yang berstatus Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdul mengarahkan agar semua siasatan terhadap orang politik dibekukan serta-merta, orang ini sebenarnya telah pecah amanah dan melanggar sumpahnya tatkala hari pertama menjawat jawatan yang disandangnya.
Takutnya terhadap 'orang politik' mengatasi segala-galanya. Barangkali elok kalau dia balik ke kampung dan tanam ubi kayu supaya dia tidak dipersalahkan oleh mana-mana pihak lagi. Atau boleh jadi juga, elok kalau dia singgah dari tong sampah ke tong sampah untuk mengutip tin minuman terpakai kerana itu terlebih baik buatnya daripada mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya.
Walau apa pun alasan yang diberikan, orang ini yang diberikan anugerah kehormat 'Datuk' sebenarnya tidak layak langsung untuk bersuara. Malah dia wajar menutup mulut, menulis surat dan kemudian menyerahkan jawatannya untuk disandang oleh orang lain yang lebih amanah, jujur dan ikhlas ketika menjalankan tugas tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.
Mujurlah dia hanya di dalam SPRM, bayangkan kalau orang ini berada di barisan hadapan tentera sewaktu musim perang... silap-silap, terus diserahkan pasukan dan apa yang dipertahankan oleh tentera-tenteranya kepada pihak musuh dengan alasan, 'tidak mahu ditekan dan dipersalahkan oleh mana-mana pihak politik'.
Cukuplah seorang Zaid Ibrahim di negara ini. Tidak perlulah seorang lagi Zaid Ibrahim yang cakap saja pandai (ciri-ciri utama peguam), akhirnya apa yang dilakukan adalah lesen untuk menyeberang dengan harapan, pangkat dan jawatannya lebih besar daripada sewaktu berada di barisan sebelumnya.
Cucu Tok Wan

No comments:
Post a Comment