NAJIB JANGAN JADI MAHATHIR. |
Tuesday, August 25, 2009 |
Portal Berita Agenda Daily melaporkan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menyelesaikan kes lewatnya dan sebagai jalan keluar beliau bersedia berehat di luar negara. Oleh kerana berita ini telah tersebar luas menerusi internet sehingga keluar negara maka tentulah ia menyukarkan untuk Najib sebarang keputusan yang dibuat mengenainya akan menampakan kerajaan mencampuri urusan mahakamah. Adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengampunkan Anwar dengan apa cara sekalipun memandangkan dosanya yang sangat besar kepada bangsa dan negara. Kerosakan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhadap UMNO terlalu besar, dia telah memporakperandakan orang Melayu, menimbulkan keraguan kepada polis, merendahkan sistem keadilan dan kehakiman negara, mengajar rakyat menjadi anarkis, mendorongkan orang Cina dan India tidak menhormati orang Melayu dan Islam dan mengundang campur tangan asing dalam negara ini dari masa kemasa. Najib harus tahu bahawa bapanya hanya mengambil Sanusi Junid untuk menyertai UMNO dan menolak Anwar Ibrahim yang menunjukan Tun Razak nampak bahayanya tetapi Dr.Mahathir hanya melihat dari segi untungnya tetap telah terbukti manusia dari jenis prosak ini lebih baik duduk di luar. Jika Datuk Seri Najib tunduk kepada kehendak Anwar maka beliau akan dilihat sebagai melepaskan anjing tersepit . Janganlah jadi seperti Tun Mahathir yang cerdik tetapi tidak dapat membaca Paklah tetapi jadilah Tunku yang kurang cerdik tetapi dapat membaca Mahahtir. |
posted by Maharaja |
NUFFNANG
Wednesday, 26 August 2009
NAJIB JANGAN JADI MAHATHIR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment