NUFFNANG

Sunday, 30 August 2009

KEPALA LEMBU? APA RASIONALNYA......Khalid Gagap Mengarahkan MBSA Jumpa Penduduk Seksyen 23 ... Chickened Out...Isu kuil: Dosa lepas menghantui Pakatan

KEPALA LEMBU? APA RASIONALNYA....

Insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Tindakan sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat boleh dikira satu aksi protes biasa jika tidak ada orang bawa kepala lembu yang disembelih ke situ.

Bantahan ialah terhadap cadangan bina kuil di kawasan mereka yang majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu.Cuma bila masuk bab adanya kepala lembu ia sudah jadi lain cerita kerana lembu dianggap haiwan suci pada agama Hindu.

Makanya kontroversi bab kepala lembu jadi lebih bising bila kalangan pemimpin dan pertubuhan orang India membantah aksi itu.

Ia bukan anjuran mana-mana parti politiik.Penduduk tergolong daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO ,PKR dan PAS sendiri bangkit setelah mendakwa suara tidak dapat perhatian Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Matlamatnya satu yakni mahu kerajaan negeri Selangor batalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.

Ikut ceritanya soal membawa kepala lembu ke situ tidak masuk dalam rancangan asal protes itu.Ia dikatakan aksi tersendiri kalangan mereka yang terlalu marah dengan cadangan bina kuil di kawasan mereka.

Aksi guna lembu bukannya yang pertama kali.Cuma sebelum ini lembu hidup digunakan.

Pada bulan Februari lalu Pemuda PKR bawa lembu ke depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sebagai simbolik untuk menyindir agensi kerana didakwa lebih berminat menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor melibatkan lembu korban.

Pengunaan kepala lembu yang disembelih itu memang boleh cetuskan berbagai tafsiran yang ‘ macam-macam’ menyentuh sensitiviti kaum.

Tolak sebelah apa yang berlaku petang Jumaat....cuma samaada disedari atau tidak tindak tanduk dalam aksi protes golongan yang fikir ‘ mereka boleh buat apa apa saja’ kerana terasa tiba-tiba kuat selepas pilihanraya umum Mac 2008 adakalanya sudah melangkau tahap ekstrim.

Insiden puak penyokong Hindraf merempuh masuk ke majlis hari terbuka Aidilfitri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun lalu mungkin satu contoh.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Ini belum masuk ada juga yang ambil peluang buat sesuka hati semasa kempen pilihanraya kecil yang diadakan kebelakangan ini seperti mengusung replika keranda atas bumbung kereta.

Bahaya jika merasa mereka ‘ sudah berkuasa’ dan ada hak buat ikut suka hati.

Ini kerana siapa saja boleh hilang kawalan jika tidak amal kawal diri.

Samaada kepala lembu atau lembu hidup…sentiasa ingat pada pesanan jangan nanti dah terhantuk baru nak sedar akibat dan padahnya.

DES : Beringat-ingat sebelum kena...

Khalid Gagap Mengarahkan MBSA Jumpa Penduduk Seksyen 23 ... Chickened Out

TS Khalid Gagap yang diarahkan oleh kroni-kroninya di dalam PKR dan DAP telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” katanya.

Sumber: Malaysiakini.
Adakah ini merupakan satu tindakan yang ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini atau ianya sekadar satu helah untuk berbohong kepada rakyat. Soalan saya, sekiranya Ahli Parlimen Shah Alam - Khalid Samad, ADUN Batu Tiga - Rodziah Ismail dan TS Khalid sendiri tidak dapat hadir (dalam bahasa kasarnya pengecut atau "chickened out") apalah yang boleh penduduk boleh harapkan dengan perbincangan dengan PKNS dan MBSA.

Segala keputusan mengenai kuil itu ditandatangani oleh kedua-dua YB Melayu yang lupa asal usul ini dengan dibelakangi dan ditunggangi oleh Dr A Xavier. Mengapakah mangkuk-mangkuk hayun yang menandatangani semua dokumen-dokumen ini tidak berani untuk berjumpa penduduk? Jenis pemimpin dan wakil rakyat apakah mereka ini. Harap elaun saja besar. Maruah dan harga diri telah dijual dengan harga yang murah.

Saya mewakili penduduk Seksyen 23, meminta supaya ahli-ahli Yang Berkhidmat Pakatan Haram jangan jadi dayus. Datanglah bersemuka dengan penduduk sekiranya anda yakin dengan keputusan yang anda telah buat. Wakil dari PKNS dan MBSA tidak dapat membuat apa-apa keputusan melainkan menjadi "punching bag" oleh saya dan rakan-rakan penduduk Seksyen 23. Saya dengan ini mencabar TS Khalid, Khalid Samad dan Rodziah supaya hadir di dalam pertemuan itu. Sekiranya tidak maruah anda bertiga hanyalah seperti gambar di bawah.


No comments: