SPRM should have let Wong run away
I am not talking about that hot girl who you have been trying to go out with and is now refusing to see or pick up your calls.
I am also not talking about the friend who borrowed RM200 and then stopped answering his phone.
I am talking about a person who is a potential suspect in a high profile corruption case who has been out of reach and in locations unknown for the last two weeks.
I am talking about Wong Chuan How, the special assistant to Ronnie Liu who is under investigation for graft, association with the underworld and possibly a host of other unsavory activities.
Ask a credit collector what he would do if a person continues to evade them and they suddenly see them at home.
I think they woudl try their best to get hold of the person and that was what the SPRM did and when Wong realised that he was a suspect and not just a witness, he tried to make a dash for it and in the scuffle he fell down. No blood, no gash, no broken bones, no fractured anything.
There may have been a few bruised ego but no serious injuries otherwise.
But of course from the pictures, it appears that Wong was knocked unconscious (well his eyes were closed... a little too tight for someone who is knocked out I think)
Either wong is a particularly sensitive sod or he deserves an Oscar.
In my opinion if he wanted to run away they should have let him and after that call for a big Press Conference...
That way you leave a lot of room for people to imagine why Wong wanted to run away.
There is still everything to play for here. Since he is now a suspect, SPRM should ask him to turn himself in, if not try to arrest him again and if he continues to try and run away, good, keep highlighting that fact. After the third attempt I think the people would be so sick an tired of Wong's antics that whacking his knees with a baton to keep him down would be preferable.
I think the time is now to let the opposition have all the rope that they want and then we should just sit back and see what they do with it.
If it looks like they are going to hang themselves then let them, if it looks like they are going to hang the whole country, then let the people shove their collective boots so far up the ass of Pakatan that it may even make Anwar moan.
hah jangan nak tuduh aku ni kata dia tu kaki liwat, all I am saying is that he is the head, kalau tak tendang pungkoq sampai kepala tu rasa, kenalah tendang kuat kuat,
betui dak?
Luka Di Lutut Balut Satu Kaki?

C-bOk ada melihat rakaman tangkapan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor di dalam TV baru-baru ini. Apa yang jelas, pembantu khas tersebut yang cuba melarikan diri, meronta-ronta sehingga cedera lututnya akibat terjatuh.
Hari ini keluar di dalam beberapa akhbar utama gambar Wong Chuan How yang berbalut satu kaki. Berdasarkan kepada kenyataan beliau, kaki itu dibalut akibat kecederaan yang berlaku semasa tangkapan berkenaan.
Wah hebat lakonan Wong Chuan How ini. C-bOk musykil sedikit dan nak bertanya. Kalau ada yang boleh jawab, silalah jawab.
- Kalau lutut yang cedera kenapa balut sampai ke buku lali?
- Doktor mana yang merawat kecederaan lutut tapi balut kat betis kaki?
- Doktor ini (balut kat betis, sedangkan lutut yang cedera) lulusan dari mana?
- Siapa pengarah drama ini?
Bila SI KAFIR Berlakon!
Semakin seronok melihat Wong Chuan How yang terus berlakon untuk menagih simpati rakyat TANAH MELAYU dengan sokongan sebilangan manusia yang 'kelihatan' seperti orang Melayu dan beragama Islam. Wong Chuan How ini juga mendapat sokongan padu daripada rakyat kebanyakan yang juga kebanyakannya kelihatan seperti orang Melayu dan beragama Islam.Luka sedikit di kaki, dibalut tebal-tebal supaya kelihatan kakinya sudah patah riuk. Kes-kes yang melibatkan penyelewengannya yang menjadi proksi kepada Ronnie Liu, disembunyikan dengan tuduhan SPRM yang zalim. Pada masa yang sama, satu resolusi dibuat oleh kepala Dajal Tanah Melayu dengan dibantu oleh dua pendokongnya bahawa UMNO dan BN yang sebenarnya mencabuli Islam dan umatnya di TANAH MELAYU ini.
Gelagat yang sama apabila Koperal Gillard Shalit yang sememangnya salah seorang pembunuh rakyat Palestin ditangkap oleh pejuang Arab Palestin dan ditahan, maka keseluruhan ketumbukannya termasuklah Amerika Syarikat yang menjadi dalang, BERLAKON bahawa merekalah yang jadi mangsa, bukan mereka memangsai rakyat Gaza, Palestin dan Beirut.
Lebih berjaya apabila Pengarah Siasatan SPRM mengambil keputusan untuk membekukan semua siasatan terhadap orang politik serta penyelewengan dan kedajalan mereka dengan alasan paling TIDAK MUNASABAH. Dengan kata lain, apa yang dihajati oleh Dajal dan para pendokongnya telah pun berjaya - bebas daripada siasatan dan undang-undang.
Di satu ketika yang lain, penjawat-penjawat awam terus dilontarkan dengan kata keji dan hina agar mereka lemah semangat serta gagal menjalankan fungsi yang dibayar dengan wang cukai rakyat. Tujuannya agar kaum Dajal ini bebas dan digeruni. Anak-anak Dajal pula bertebaran ke serata alam dan pelusuk untuk mengiyakan kata-kata bapa Dajal mereka, bahkan secara terang-terangan berani menyanggah perintah Allah Taala tentang kasih sayang sesama muslim tetapi bersikap keras terhadap bukan Islam dengan alasan-alasan yang akal mereka fikirkan, munasabah.
Di Iran, negara yang dilabelkan sebagai 'Sarang Rafidhah' cuba menunjukkan teladan kepada umat Islam di seluruh dunia tentang erti pemerintahan dan rakyat yang diperintah menurut Islam. Terbaru, 25 orang lagi penunjuk perasaan anti kerajaan dibicarakan selepas 110 orang yang lain dibicarakan dan didapati bersalah. Hukuman yang menanti mereka ialah MATI! Itu adalah fatwa Majlis Ulama Iran, sepakat di kalangan para ulamanya.
Beberapa ratus tahun yang lampau, seorang bekas raja yang menjadi ulama sufi, Ibrahim Adhan melarikan diri apabila diketahui Hajjaj Yusuf As-Tsaqafi memburunya setelah dia SECARA TIDAK SENGAJA mengkritik Khalifah Yazid bin Muawiyyah di khalayak awam. Tidak pula Ibrahim Adhan berkelakuan sebagaimana yang dilakukan oleh dajal di sebelah sini, bahkan akur bahawa dia yang melakukan kesalahan, meskipun Yazid bin Muawiyyah dan Hajjaj Yusuf As-Tsaqafi diberikan pelbagai gelaran yang menjijikkan.
Cucu Tok Wan
Pembantu Ronnie boleh dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR – Pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Wong Chuan How boleh dikenakan tindakan sekiranya siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atasnya kelmarin mendapati terdapat unsur menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mengikut peruntukan sedia ada, pegawai SPRM mempunyai hak untuk menahan Chuan How bagi membantu siasatan.
“Sekiranya dia enggan, maka dia bukan sahaja boleh dianggap sebagai menghalang penjawat awam melakukan tugas malah turut melakukan kesalahan lain.
“Apapun polis akan menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.
Chuan How boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.
Chuan How adalah pembantu kepada Exco Selangor, Ronnie Liu enggan bekerja sama dengan SPRM ketika penguatkuasa itu datang untuk menahannya di pusat khidmat DAP di Sungai Pelek, kelmarin.
sumber - sinar
Last bullet Ronnie Liu
Oleh NTanwar, AIDCclub
Dua hari lepas, orang kanan Ronnie Liu 'bergelut' dengan pegawai-pegawai SPRM. Wong Chuan How, pegawai khas Ronnie Liu bikin drama 'pergelutan'. Dia yang tak mahu masuk ke kereta SPRM. Dia juga yang meronta-ronta mahu melarikan diri. Dia juga yang terjatuh seorang diri. Dia lapor polis, pergi hospital, luka sedikit tetapi berbalut tebal, seolah-olah kaki patah, dah tak boleh jalan dah. Ini lakonan terbaik anak buah Ronnie Liu.
Semua orang tertumpu kepada luka dan balutan kaki Wong Chuan How kerana dengan 'balutan' itu akan menutup segala penyelewengan yang dilakukannya.
Wong Chuan How adalah pencuri wang rakyat selangor. Dia adalah penama yang digunakan oleh Ronnie Liu untuk mencuri wang peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000. Itulah faktanya!
Daripada semua projek itu, 84 projek telah dinamakan kepada Wong Chuan How (DUN Sungai Pelek) yang bernilai jumlah kewangan lebih RM200,000. Amat tidak munasabah, Wong Chuan How, membolot 84 projek atas dirinya sendiri dengan pelbagai nama syarikat. Tetapi itulah hakikatnya! Klik di sini dan sini
Wong Chuan How lah Ahli Majlis Daerah Sepang, dia juga lah pembantu khas Ronnie Liu. Dia juga merupakan kontraktor dan pemilik syarikat-syarikat Enterperise yang menjadi prokasi Ronnie Liu.
Sejak 23 Julai lalu, blog t4bth telah mendedahkan nama Wong Chuan How terlibat dalam pencurian wang rakyat Selangor, sejak itulah Ronnie Liu dan Wong Chuan How merancang strategi bagaimanakah mahu bikin kecoh kepada SPRM. Bukan Ronnie Liu tidak tahu, SPRM sedang menunggu masa sesuai untuk menahan dan menyoalsiasat pegawai khasnya. Jadi mereka menunggu ketibaan pegawai-pegawai SPRM.
Semuanya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi (15 Ogos) apabila para pegawai SPRM pergi ke pejabat pusat khidmat DUN Sungai Pelek untuk menemui Wong. Wong sudah tahu kedatangan SPRM sebab itu dia bersedia bersama seorang peguamnya.
Mula-mula Wong mendengar dengan baik penjelasan pegawai-pegawai SPRM dan bersedia untuk memberi keterangan lanjut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. Tetapi selepas keluar dari pejabat khidmat itu, Wong melarikan diri ke kereta lain yang tidak disediakan oleh SPRM. Di situlah bermulalah drama Wong, bergelut dan terjatuh, apabila menyedari ramai wartawan yang datang membuat liputan.
Dia memaki hamun pegawai-pegawai SPRM dan mendakwa kakinya patah. Tidak lama kemudian, bosnya, Ronald Liu dan membawanya ke balai polis di Balai Polis Sungai Pelek – walaupun Ronnie Liu sendiri mengatakan dia tidak percaya kepada polis.
Begitulah babak-babak drama terakhir Ronnie Liu dan anak buahnya. Bermula dengan Ronnie Liu dengan lagak gangster menggempur pejabat SPRM Selangor dan menendang pintu bilik mayat, Hospital Klang, hingga kepada pembantunya, Wong Chuan How, meronta-ronta tidak mahu bekerjasama dengan SPRM. Kenapa meronta-ronta, ada bersalah kah?
Seorang lagi anak buah Ronnie Liu juga berperangai seperti Wong. Nama dia Tan Boon Hwa. Watak-watak anak buah Ronnie Liu sama sahaja. Semuanya berlagak samseng. Seorang ahli majlis Sepang, seorang lagi ahli majlis perbandaran Kajang. Selagi Ronnie berkuasa di PBT, berapa banyak lagi samseng Cina akan dimasukkan sebagai ahli majlis daerah!
Lakonan Tan Boon Hwa, tidak kurang menariknya. Sebaik sahaja mengaku menjadi saksi terakhir menemui mendiang Teoh, pada 16 Julai (6.15 pagi), keesokkan harinya, dia buat sidang akhbar di pejabat SUK. Sidang akhbar paling gempar, dengan lakonan pelbagai aksi, membuat tuduhan demi tuduhan memburuk-burukkan SPRM.
Pelik juga, melihat telatah gelabah Tan Boon Hwa ini, membuat tuduhan demi tuduhan,seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Masyarakat umum akan tersentak dengan tuduhan-tuduhan melampau Tan itu dan meletakkan SPRM sebagai pihak bersalah atas kematian Teoh.
Kalau dinilai secara rasional, strategi Tan ini seperti strategi yang Wong yang mengembar gemburkan pergelutan, hingga masyarakat melupakan bahawa dia adalah suspek yang menjadi proksi Ronnie Liu mencuri wang rakyat Selangor.
Memang strategi kumpulan kongsi gelap ini senang diduga. Melakukan provokasi dan pergaduhan untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.
Tan Boon Hwa, anda jangan lupa, ada saksi yang nampak anda bertengkar dengan mendiang Teoh di tandas SPRM pada pagi sebelum mendiang ditemui mati. Anda tidak boleh lari dari fakta ini.
Saya akan dedahkan siapakah saksi itu pada tulisan berikutnya.
sumber - NTanwar
Artikel lain berkaitan :
. Kunci jawapan di tangan Tan Boon Hwa : Betulkah Tan & Teoh bertengkar di dalam tandas ?
. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?
. Anwar sertai perhimpunan anti ISA sebab takut diISAkan
. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
source : anwaribrahimdotcom.blogspot.com
Iklan - Pelakon Opera Selangor Di Cari
Kerajaan Negeri Selangor ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk hadir ke temuduga terbuka jawatan Pelakon Opera. Pengalaman tidak diperlukan memandangkan latihan akan diberi. Sekiranya anda berkebolehan untuk melakukan aksi-aksi seperti di bawah, kami menjemput anda untuk menghadiri ke temuduga di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Pakej lumayan disediakan dan anda juga berpeluang berkhidmat dengan dua pelakon terkenal Kerajaan Selangor seperti di bawah:
Datanglah beramai-ramai untuk sessi temu duga ini. Harap maklum.

No comments:
Post a Comment